Setiap tahun, tarikh 31 Ogos akan diingati dan disambut oleh semua rakyat Malaysia. Y.. Itulah tarikh keramat negara kita mendapat kedaulatan. Pada tarikh inilah perdana menteri Malaysia yang pertama melaungkan laungan keramat “MERDEKA..! MERDEKA! MERDEKA..!

Dari dulu sehingga kini masuk sahaja bulan kemerdekaan iaitu bulan Ogos, semangat patriotik rakyat Malaysia akan mula dirasa. Di sana sini sudah mula kelihatan tanda-tanda sambutannya. Bendera akan dipacak dan ditampal di sana sini, banyaknya tersiar rancangan Tv yang berbentuk patriotik, banyaknya berkumandang lagu-lagu patriotik dan lain-lain lagi.

Lagu-lagu patriotik ni memang memang banyak. Sejak dulu sampai sekarang ada saja lagu berunsur patriotik yang dicipta. Namun antara banyak-banyak lagu patriotik yang digubah, bukan semua menjadi evergreen yang sentiasa di dengar walau sudah berpuluh tahun ia dinyanyikan.

Berikut adalah senarai 7 lagu patriotik yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas:

1. Tanggal 31 – Sudirman Haji Arshad

Lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini sangat sinonim dengan Hari Merdeka. Liriknya pun secara langsung adalah mengenai Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun.

Rentak “marching” lagu ini menghidupkan lagi semangat patriotik sesiapa yang mendendangkannya. Liriknya yang mudah menjadikan lagu ini siulan daripada anak kecil sehinggalah orang dewasa.

2. Warisan – Sudirman Haji Arshad

Lagu ini mempunyai irama yang bisa menyentuh jiwa setiap orang yang mendengarnya. Liriknya berkisar tentang luahan rasa cinta dan bangga seorang anak Malaysia yang begitu menyintai negaranya.

3. Saya Anak Malaysia – Dr Sam

Baca juga  Vivo V11 Dan Vivo V11i Dilengkapi Fungsi AI

Lagu ini telah beberapa kali dirakamkan semula dengan nafas baru. Lagu ini sangat popular di kalangan kanak-kanak kerana iramanya yang santai. Liriknya pula mengisahkan semangat patriotik seorang anak muda yang lahir pada bulan Ogos. Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh Dr Sam ataupun nama penuhnya Salim Ibrahim.

4. Bahtera Merdeka – Aishah

Lagu nyanyian Aishah ini mempunyai alunan irama yang mampu menyentuh jiwa pendengar. Ditambah dengan liriknya yang berunsur patriotik, lagu ini merupakan antara lagu wajib ketika sambutan kemerdekaan.

5. Setia

Lagu ini telah dirakamkan dan popular sekitar awal tahun 90-an. Ianya cukup sinonim dengan saluran RTM pada ketika itu dan sering diputarkan ketika sambutan hari kebangsaan.

6. Sejahtera Malaysia

Lagu ini bertemakan perpaduan dan ia mampu menyuntik semangat satu Malaysia di kalangan kita. Lagu ini pun sudah berulangkali dirakam semula terutama di Youtube.

7. Inilah Barisan Kita

Sesuai dengan irama “marching”nya, lagu ini seringkali dikaitkan dengan pejuang negara dan badan beruniform seperti askar dan polis. Malah liriknya berkisarkan perjuangan di medan pertempuran demi melindungi keamanan negara tercinta. Lagu ini juga mempunyai beberapa versi. Ini adalah versi asal. Ada juga versi moden yang dipercepatkan iramanya untuk menyuntik lebih semangat.

Itulah 7 senarai lagu patriotik wajib dengar di bulan kemerdekaan. Syabas kepada pencipta asal lagu-lagu ini. Tanpa lagu-lagu ciptaan mereka ini, sambutan kemerdekaan akan terasa hambar dan kurang bersemangat…!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini