Jurutera Ini Tak Malu Buat Kerja Badut. Ada 7 Buah Rumah!

badut part time

Korang kenal tak mamat badut ni?

kerja parttimeDia ni kau tengok muka je baik, peramah. Innocent dan miskin je rupanya..TAPI rupa-rupanyaaaaaa
.

Hakikatnya dia ni adalah badut yang sekarang sedang kerja fulltime Electrical Engineer di syarikat terkemuka Malaysia!
.

Paling best, dia ni siap ada property 7 buah hartanah pelaburan sekarang!
.

Aku masa kenal beliau ni tahun lepas memang tak tahu dia ada part time kerja macam ni.
.

Tak sangka langsung. Yelah dia kan kerja enginner. Professional.
.

Aku jadi tertanya-tanya, kenapa dia buat 2 kerja ni yang berbeza amat ni? Yang langsung takda kena mengena ni
.

Dia kata kalau harap gaji engineer dia manalah cukup sangat nak tampung perbelanjaan.
.

“Habis, Berapa kau boleh buat duit bro dengan partime badut ni? Banyak ke?” – tanya aku.
.

Dia jawab :

‘Boleh la sikit-sikit. Kalau satu event 1 jam setengah tu rate aku boleh dapat RM 400. Sebulan dapatlah dapat RM 5,000- RM 8,000 sebulan. Rajin tak rajin je bro.’
.

Dia explain sejak 4 tahun lepas hasil duit upah badut ni dia dapat:


🔴
 Tambah dari 2 buah rumah jadi 7 buah rumah sekarang


🔴
 Dapat kahwin tanpa perlu guna duit pinjaman bank


🔴
 Dapat honeymoon 7 hari di Australia tanpa usik duit gaji.

Wow! Power mamat ni.
.

Aku tanya dia lagi :

“Kau kerja engineer, property sekarang pun dah 7 buah. Dah kenapa kau masih buat part time badut kena peluh-peluh panas tiap-tiap minggu. Tak cukup duit lagi ke?”
.

Dia kata dia ada impian yang belum tercapai. Impian dia besar.
.

Antara 2 impian utama dia ialah :

🔵 Dia nak beli rumah setiap tahun. So dia nak kumpul duit downpayment setahun minimum RM 60,000 untuk buat duit muka sahaja.

🔵 Dia nak hantar orang pergi haji / umrah setiap tahun seramai yang dia mampu.
.

Dia ni orang yang pernah rasa hidup susah. Orang dah pernah rasa susah ni dia punya usaha lain macam. Pasal dia faham nasib dia takkan berubah kalau dia tak ambil tindakan.
.

Dia jugak kata, ramai orang pandang hina kerjaya badut ni.
.
“Aku tak kesah bro kalau orang tau aku kerja engineer tapi buat badut. No Pain No Gain. Bila kau nak sesuatu, kau usaha dapatkannya. Banyak je jalan cari rezeki yang berkat. Kau pilih je mana satu jalan kau nak”

“Macam aku, aku nekad pilih jalan buat badut sambil bekerja dan jalan pelaburan hartanah” – tambah beliau
.

Fuh, banyak benar aku belajar dari beliau. Ketekunan, ketabahan beliau memang level legend. Respect!
.

Kasi buat sampai jadi bro. Kami para kapitalis sentiasa support perjuangan kau!
.

Note: Siapa nak khidmat badut boleh tengok page Instagram dan facebook beliau ‘jojoclown’. Cari gambar dibawah okay.

Nota Ohsempoi: Diharap kisah ini boleh dijadikan inspirasi untuk anak muda di luar sana tidak malu untuk bekerja keras demi mencapai impian masing-masing. Membina satu impian ada PERCUMA bro!

Kredit : FB Jimmy Haryzul


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini