Seorang paling muda dan seorang lagi paling. Mereka kembali bersalaman selepas 36 tahun berlalu.
Itulah pertemuan antara perdana paling muda Kanada, Justin Trudeau dan perdana menteri paling tua di dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mereka pernah bertemu dan bersalaman buat pertama kali sewaktu menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Port Moresby, Papua New Guinea, 36 tahun lalu.
Dalam pertemuan penuh nostalgia pada tahun 1982, Justin Trudeau pada usia 11 tahun dibawa bapanya, Perdana Menteri Kanada ketika itu, Pièrre Elliot Trudeau bertemu Dr Mahathir.
Pada hari ini, Tun Dr Mahathir yang sudah berusia 93 tahun manakala Trudeau yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri termuda Kanada pada tahun 2015 dan kini berusia 46 tahun bertemu sekali lagi.
Kali ini mereka bertemu dalam mesyuarat dua hala di Stanley Hotel bagi membincangkan mengenai hubungan sosioekonomi antara kedua-dua negara selama setengah jam.
Sempena hari ulang tahun Mahathir pada Julai lalu, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Julia Bentley menghadiahkan kepada Dr Mahathir foto pertemuan bersejarah itu yang menunjukkan Trudeau bersalaman dengan Dr Mahathir.
Unik kan pertemuan mereka..?