Serai Sebagai Straw, Boleh Pergi Jauh Ke Ni?.


Anda kenal kan tumbuhan Serai? Alaaa yang orang buat bahan untuk memasak tu.. Antara menu masakan yang menggunakan serai ialah Rendang dan Masak Lemak

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah mencadangkan Serai untuk menggantikan penggunaan straw yang dikenal pasti menjadi salah satu sampah yang mencemarkan alam dan membahayakan hidupan terutama hidupan laut.

Menurut KADA, ada 27 jenis Serai yang tumbuh di Malaysia ni. Untuk menjadikannya sebagai alat penyedut minuman (straw), Serai yang paling sesuai adalah Serai Buluh. Ini adalah kerana ia berbentuk silinder dan agak tahan.

Bahagian luar Serai sahaja yang dijadikan straw. Manakala bahagian dalam masih boleh digunakan untuk bahan masakan. Jadi, penggunaan Serai menjadi semakin meluas sekaligus akan meningkatkan penggunaan Serai.

Bagus cadangan ini. Setidak-tidaknya ia menampakkan usaha berterusan Malaysia untuk mengurangkan pencemaran bumi kita. Cuma harapan kita, biarlah usaha ini dapat dijadikan usaha yang serius dan disokong oleh banyak pihak secara menyeluruh di pelbagai peringkat. Kita tak mahu ianya seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Selain daripada dapat mengurangkan pencemaran alam sekitari, penggunaan Serai sebagai straw juga dilihat boleh meningkatkan taraf ekonomi petani kita. Mereka boleh menjadikan tanaman Serai sebagai punca pendapatan mereka jika Serai dapat dikomersilkan seperti cadangan KADA.

Pengunaan straw Serai akan diperluaskan ke kafe hospital HUSM Kubang Kerian untuk digunakan oleh orang ramai dan juga pesakit jika cadangan rasmi KADA kepada pihak hospital dipersetujui nanti.

Apa kata anda? Agak-agak penggunaan straw Serai ini akan menjadi popular dan mendapat sambutan ataupun hanya dipandang sepi?


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini