Siapa Captain Marvel…?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kalau anda masih ingat dalam scene “after credit” Avengers: Infinity War, Nick Fury mengaktifkan pager yang memperlihatkan lencana Kapten Marvel sejurus sebelum dia berubah menjadi debu akibat daripada “Thanos snap”. Begitu juga dengan “After Credit” filem Ant-Man and the Wasp. Ant Man masih di dalam Quantum Realm sedangkan Hank Pym dan isterinya Janet Van Dyne sudah menjadi debu.

Brie Larson sebagai Carol Danvers / Captain Marvel

Ini memberikan gambaran tentang kehadiran Carol Danvers/Captain Marvel dan Scott Lang/Ant Man di dalam sambungan sequel filem Avengers nanti.

Untuk itu Marvel perlu memperkenalkan watak Captain Marvel dahulu sebelum Avengers 4 untuk memberi pengenalan kepada penonton tentang watak Captain Marvel yang merupakan hero marvel yang paling berkuasa. Sesuai sangatlah dia melawan Thanos nanti.

Captain Marvel akan muncul di pawagam pada March 8, 2019 sebelum kembali semula 2 bulan kemudian di dalam Avengers 4.

Sementara itu, jom kita kenali Captain Marvel..

Siapa Kapten Marvel?

Dicipta oleh penulis Roy Thomas dan artis Gene Colan, Ms Marvel (moniker asal Carol Danvers) pertama kali muncul dalam komik Marvel pada tahun 1977, tetapi ianya 9 tahun sebelum itu apabila pembaca diperkenalkan kepada alter egonya.

Baca juga  Blogger Raih Pendapatan Lumayan RM50 Ribu. Ini Perkongsian Ringkas Penuh Inspirasi Daripada Blogger Cik Epal

Ketika sedang berkhidmat sebagai anggota Tentera Udara Amerika Syarikat, dia berada di tempat kejadian semasa letupan peranti yang dibuat oleh Kree (makhluk daripada planet lain. Ada dalam filem Guardians of the Galaxy jika anda masih ingat). Kesan daripada kemalangan ini, gen manusia Danvers telah bercampur dengan DNA alien, dan hasilnya dia mendapat kuasa luarbiasa.

Kapten Marvel mempunyai kebolehan seperti kekuatan luar biasa, boleh terbang, boleh menyerap dan projekkan tenaga, dan juga mempunyai keupayaan precognitive terhad.

Di samping komiknya sendiri, dia juga menjadi sebahagian daripada pasukan dan organisasi yang berlainan selama bertahun-tahun di dunia Marvel, termasuk The Avengers, S.H.I.E.L.D. dan Guardian of Galaxy.

Ok setakat tu dulu secara ringkas tentang Captain Marvel. Ramai yang tak tau pasal dia kan? Terutama yang bukan kaki komik. Sementara tu anda boleh layan trailer Captain Marvel ni dulu..

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini