Dah set alarm kat smartphone tapi bila bunyi terus off balik. Semudah itu jer. Lepas tu bila dah sedar dah terlambat. Siapa pernah macam ni? Alarm yang di set seolah-olah tak membantu pun, ia hanya sekadar menggangu tidur. Apa kata cuba anda set alarm menggunakan applikasi ALARMY. Dijamin tidak akan bangun lambat lagi.
Aplikasi ALARMY merupakan aplikasi yang pernah mendapat anugerah ‘the most annoying apps’ oleh pengguna di Play Store. Bayangkan bila alarm dah berbunyi tapi tak boleh ‘snooze‘, tak boleh tutup telefon, tak boleh uninstall, tiada had tempoh bunyi loceng dan bunyi yang menyakitkan telinga. Anda pasti akan terjaga dari tidur.
Sebab tu tagline apps ini ‘Sleep if you can’. Untuk matikan bunyi alarm, pengguna perlu goncangkan telefon untuk beberapa tempoh yang ditetapkan atau selesaikan soalan matematik yang diberikan. Selagi tak selesaikan ‘task‘ yang diberikan, smartphone anda tidak akan berhenti menjerit.
Jika itu masih belum membantu, boleh juga set kan untuk mengambil gambar objek tertentu untuk mematikan bunyi alarm. Sebagai contoh, set kan gambar berus gigi di dalam bilik air dan kemudian untuk matikan alarm tersebut, anda perlu bangun dari tempat tidur dan bawa telefon ke bilik air dan ambil gambar yang sama sepertimana yang anda set kan. Kemudian baru bunyi alarm tersebut akan berhenti selepas ia dapat mengenalpasti gambar yang sama. Tapi jangan pula set kan gambar kipas siling di dalam bilik sebab sambil tidur juga anda masih boleh snap gambar tersebut.
Menarik bukan applikasi ini. Selamat mencuba.