Kes yang menyerang ramai orang terutamanya kanak-kanak disebabkan virus influenza kini semakin meningkat. Ramai ibu bapa yang mula panik sehingga menyerbu kebanyakan klinik yang menyediakan vaksin influenza. Namun kini, stock vaksin influenza dikebanyakan klinik telah habis dan dijangka akan diperolehi pada bulan Februari 2020.

Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak panik dan sentiasa memantau kesihatan anak anda. Antara simptom yang perlu diberi perhatian adalah :
- Demam teruk yang berpanjangan.
- Suhu badan tinggi melebihi 38c.
- Suhu badan tidak menurun walaupun diberikan ubat.
- Batuk kering yang semakin teruk dari hari ke hari sehingga menyebabkan sakit tekak.
- Kerap bersin walaupun hidung kering dan tidak berair.
- Badan terasa lemah dan sendi terasa sakit. Malah kepala juga terasa sakit.

Ibu bapa perlu tahu bahawa demam influenza adalah seakan demam selsema, maka jangan sesekali memandang remeh apabila anak anda dijangkiti demam selsema. Bagi mencegah dari dijangkiti virus influenza, berikut ada beberapa tips yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa:

- Bawa sanitizer kemana sahaja anda pergi. Bekalkan juga sanitizer kepada anak yang bersekolah supaya mereka boleh menggunakannya ketika di sekolah.
- Pastikan wet tisu anti bacteria sentiasa bersama anda. Gunakan wet tisu tersebut untuk lap apa sahaja permukaan yang terdedah.
- Pakai penutup mulut terutama ketika berhadapan dengan public.
- Kerap minum air. Pastikan tekak sentiasa basah dan tidak kering.
- Elakkan dari pergi tempat yang berisiko terutamanya klinik dan hospital jika tidak perlu.
- Kurangkan aktiviti luar rumah.
- Spray udara dalam rumah dengan spray pembunuh bakteria seperti spray Dettol di farmasi.