Stress dan depress adalah berbeza. Apakah perbezaannya?


Makin hari makin banyak pulak kes yang berlaku disebabkan oleh depression. Apabila seseorang mengalami depression, apa yang dilakukannya adalah di luar kawalannya dan tanpa disedarinya.Jangan tertukar antara stress dan depress, nampak sama tapi hakikatnya ia sangat berbeza. Stress adalah perasaan manakala depress adalah penyakit.

Berikut adalah 5 perbezaan stress dan depress :

  1. Stress hanya muncul bila situasi stress itu ada. Bila dah tiada, stress pun hilang. Contohnya stress exam. Tekanan otak nak belajar, hafal fakta, praktis jawab soalan dan lain-lain. Tetapi bila habis exam, stress pun hilang. Kepala rasa ringan dan lega. Itu STRESS.

    Depress pula berkekalan walaupun situasi yang buat depress tu dah tak ada. Ada yang berbulan, ada yang bertahun. Tengok severity diagnosis.  Ia tak hilang dengan sendiri, sebab depress ialah sejenis penyakit (merujuk kepada Depressive Disorder).

  2. Semua orang merasa Stress, tetapi hanya orang tertentu sahaja mengalami Depress. Stress adalah perkara normal untuk seseorang tu alami, tapi Depress hanya orang tertentu sahaja ada.
  3. Stress ini baik untuk kesihatan, pada kadar yang betul. Kurang stress, tak perform. Terlebih stress, jadi burnt out. Depress pula, tak kira banyak ke sikit, tetap tak baik untuk kesihatan. Tetap dikira sesuatu yang merosakkan fungsi kehidupan (sebab tu dipanggil Disorder).
  4. Semua orang boleh mengaku ada Stress dan boleh nampak melalui kerutan dahi, peluh, badan lesu, sakit kepala, penat dan lain-lain. Tapi untuk mengaku ada Depress, perlu ada diagnosis oleh doktor yang bertauliah atau Psikologis Klinikal.
  5. Stress boleh hilang dengan belajar Stress Coping Mechanism. Ada orang pergi travel, mandi laut, jogging, duduk tepi pantai, baring, keluar bowling, tengok wayang, baca Quran dan lain-lain. Lain orang lain cara release stress dia. Ini kena analisis sendiri.

    Depress pula, boleh sembuh melalui rawatan perubatan (doktor) atau psikoterapi (psikologis). Ia perlukan intervensi oleh orang pakar dan arif, bukan sekadar boleh baca Google. Sama macam kita sakit, kita cari doktor kan? Sebagai asbab penyembuhan. Same goes for Depress.

Kesimpulannya, jangan samakan perasaan tertekan (Stress) dengn tertekan kronik (Depress). Jangan cepat mengaku Depress, sedangkan diri belum ada diagnosis lagi.

Sumber : Twitter Aiman Psikologis


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini