Subsidi Haji 2019 Kekal


Alhamdulillah.. Tiada peningkatan kos menunaikan fardhu haji untuk yang melakukannya kali pertama tahun ini.

Ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam pengumumannya tentang perkara tersebut.

Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Bakal jemaah haji tahun ini pasti menyambut gembira perkhabaran yang baru diumumkan sebentar tadi.

Meskipun Tabung Haji sedang bergelut dengan pelbagai masalah dalaman, ia memutuskan untuk mengekalkan subsidi haji bagi jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama sama seperti sebelum ini iaitu RM9,980.

Moga Tabung Haji dapat menyelesaikan kemelut yang melanda secepat muungkin

Menurut Dr Mujahid lagi, dengan pengekalan kos menunaikan haji ini, Tabung Haji menanggung subsidi lebih daripada RM306 juta. Ia berikutan dengan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji yang lalu.

Selamat menunaikan fardhu haji bagi yang dijemput pada tahun ini. Apa-apa pun keputusan ini disambut baik oleh banyak pihak.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini