•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sejak 2-3 yang lepas, viral gambar seorang budak beraksi manja dan mesra bersama binatang peliharaannya seperti kerbai, kambing dan lain-lain. 

Dikhabarkan, pelajar tersebut adalah Syukor Khamis, pelajar SMK Padang Midin, K.Terengganu. Gambarnya bersama kerbau peliharaan ayahnya yang diambil oleh jurufoto professional telah membantu fotografer tersebut memenangi 20 gambar terbaik dunia dan juara peringkat Asia.

Ini adalah koleksi gambar-gambar tersebut:

Ini pula komen salah seorang netizen yang lain tentang Syukor:

Syukor ni, kawan dia bukan hanya kerbau saja. Kambing, lembu, angsa, burung semua kawan-kawan dia…Diorang bergurau macam kawan sekolah… Saya pernah tulis dahulu yang berbunyi ‘ Syukor ni anugerah Allah pada keluarga dia, sebab dalam sejuta orang pun susah nak jumpa budak macam dia….

Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya…Itu biasa…Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni… Sesetengah Kerbau ada namanya seperti Awang (dah mati), Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo….

Tengoklah gambar ni , kambing pun dia boleh ajak main gusti. 

Bagi sesiapa yang nak datang melawat Syukor di Terengganu, boleh contact abangnya di page ‘Syukor Kampung Boy‘ di FB ini. Secara sopan dan sebaiknya jumpalah keluarga Syukor dahulu terutama ayahnya Pak Khamis. Sebab biasanya Pak Khamis akan bawa tetamu ke kandang kerbaunya di Kubang Bujuk bersama Syukor.. Walaupun kerbau-kerbau tu dah kenal dgn Syukor tetapi ia tetap haiwan jugak, faktor keselamatan tetap diutamakan. Sebab itu ayahnya mesti ada bersama.

Baca juga  4 Petua Orang Dulu-Dulu Untuk Sakit Biasa Yang Sangat Ringkas

Bagi orang dari luar Terengganu yang nak datang samada untuk melawat atau mengambil gambar, Pak Khamis ada sediakan bilik (kira macam bilik sewa lah) di kawasan halaman rumahnya. So tak perlu lah nak sewa bilik hotel mahal-mahal kat Kuala Terengganu tu. Tapi bilik bilik tu standard jer lah ada katil dan kipas, lampu saja…Baru siap tu..  bilik semua siap dah..Siap ada balkoni lagi boleh tengok haiwan-haiwan sambil tiup seruling lagu ‘Anak Gembala’.. Cuma yg istimewanya ialah pagi-pagi bukan hanya dengar bunyi ayam kokok, bunyi kambing, bunyi angsa, bunyi lembu, kuba (kerbau) semua ada. Memang rasa suasana kampung  betul….Sarapan pun makanan kampung orang Terengganu boh…boleh beli atau makan di kedai hok dekat situ jer…. Nasi dagang, nasi kunyik (kunyit), nasi minyak ada belaka boh..

Keluarga syukor ni pun baik sangat ..saya pun setiap kali balik Terengganu (wife org Terengganu) mesti datang rumah dia..Dah macam keluarga sendiri.

So ada yang nak datang ke Terengganu tengok aksi Syukor…? Jom..!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini