Tabiat Buruk Rakyat Malaysia Yang Perlu Diubah. Setuju?


Sudah lebih 2 bulan kita mendokong slogan “Malaysia Baru“. Inilah harapan yang dilaung-laung dengan penuh bersemangat oleh ‘rakyat’ sejak beberapa tahun sebelum ini. Harapan untuk Kerajaan Baru sepatutnya sejajar dengan budaya dan sikap rakyat yang lebih baik di bawah pemerintahan baru.

Setuju?

Jom kita ubah sikap dan tabiat ke arah yang lebih baik. Budaya luar yang tidak baik usah kita contohi, ambillah yang baik-baik saja.

1# Tidak memberi tempat duduk depada mereka yang lebih memerlukan.

Jangan kata orang kita sahaja berperangai sebegini. Ayuh kita jadikan budaya kita menyantuni mereka yang lebih memerlukan kemudahan sebegini. Melainkan kereta itu ‘bapak’ ko yang punya!

2# Selepas makan di Mc Donald etc. tak reti nak buang sisa makanan.

Pernah buat? Walaupun tiada kajian mengesahkannya, kami pasti majoriti rakyat Malaysia pernah melakukan dengan tidak sengaja perkara sebegini.

Kita ubah seleas ini! Tolong krew dengan membuang sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.

3# “Tolong..” dan “Terima kasih..” sangat sukar untuk diucapkan.

Biasa-biasakanlah ucap ‘Terima kasih’ selepas mendapat pertolongan daripada seseorang. Atau ‘Tolong…” apabila ingin mendapat pertolongan daripada orang lain. Bukankah itu lebih indah?

4# Hisap rokok di tempat awam.

Satu lagi mentaliti kelas ke-3 yang sedang berlaku di negara kita. Merokok di tempat awam. Tiasa rasa sensitifi langsung walapun di sekeliling perokok ini terdapat bay, anak kecil mahu pun orang tua. Sensitiflah sikit bro!

5# Ada Tanda “Dilarang Buang Sampah”, Tetapi Di Situlah Sampah Berlonggokan.

Dulu, kini dan hari ini. Ini masalah yang sangat sukar dididik. Sudah ditanda dengan jelas, DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI, tetapi kena masih degil. Tidak faham arahankah?

6# Troli Pasaraya Dibiarkan Merata Selepas Diguna.

Apa salahnya, selepas memunggah barang belian ke dalam bonet kereta, letakkan kembali troli di tempat ‘parking’ yang disediakan. Lagi teruk, ada pembeli barangan basah di pasaraya berlagak seperti mereka membayar harga troli itu juga.

Terus disorongnya troli ini ke dapur rumah mereka. Maklumlah rumah terletak di sebelah pasaraya! iskh iskh..

7# Selamber Badak Buang Sampah Dari Dalam Kereta.

tabiat buruk rakyat Malaysia

Ini juga mentaliti kelas ke-3 yang masih diamalkan oleh rakyat Malaysia Baru. Tidak adakah sedikit perasaan bersalah membuang sampah-sarap dari dalam kereta? Ini tidak termasuk sanggup membuang sampah di merata tempat.

Tidakkah ibu bapa kita bijak mendidik anak-anak dalam hal sebegini?

7 tabiat atau sikap buruk ini hanyalah sebilangan daripada perkara-perkara yang patut kita ubah.

Tepuk dada, tanya iman..


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini