•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kamera ialah satu peralatan yang sering digunakan. Ianya bertujuan untuk menangkap gambar-gambar sekaligus menyimpan detik tersebut untuk dijadikan kenangan di masa-masa akan datang. Dengan perkembangan teknologi, kini kamera lebih kerap digunakan apabila hanya melalui telefon pintar, detik-detik berharga dapat dirakamkan, malah lebih menjimatkan apabila gambar yang diambil tidak perlu lagi dicuci terlebih dahulu sebelum boleh dilihat.

Akan tetapi disebalik fungsi asas kamera di telefon pintar untuk merakamkan gambar, kini melalui iPhone wujud pula fungsi tambahan lain yang boleh digunakan. Dan fungsi ini hadir dalam kemaskini sistem iOS 11 ke atas.

Fungsi tersebut ialah QR code scanner. Yang mana seperti diketahui ramai, kod QR digunakan bagi menyediakan jalan pintas untuk menyampaikan sesuatu data atau maklumat.

QR code sendiri yang bermakna Quick Response, membolehkan pengguna menerima maklumat pendek atau panjang, tidak kira sama ada ia adalah pautan kepada laman web, aplikasi telefon pintar ataupun teks. Dan maklumat atau data kni dimampatkan menjadi satu bentuk kod matrik berwarna hitam putih.

Sejak kemaskini iOS 11 dikeluarkan, pihak Apple telah menambah native support berkenaan fungsi mengimbas kod QR ini untuk memudahkan pengguna.

Baca juga  Apa Itu Quantum Realm Didalam Filem Ant-Man?

Ini bermaksud, jika sebelum ini anda memuat aplikasi khas untuk mengimbas kod QR, kini ianya tidak diperlukan lagi kerana hanya melalui kamera iPhone saja tugas tersebut boleh dilakukan.

Namun begitu, untuk menggunakan fungsi pengimbas kod QR terbina ini, ianya perlu diaktifkan terlebih dahulu.

Sekiranya by default fungsi ini tidak diaktifkan, anda boleh mengaktifkannya dengan membuat tetapan berikut.

Pergi ke Settings> Camera dan swipe aktif pada Scan QR Codes.

Untuk mula menggunakannya pula, pergi kepada aplikasi kamera dan menggunakan mod Photo dan lensa kamera belakang, imbas apa-apa sahaja kod QR yang ingin disemak.

Sejurus kod QR dibaca, anda akan menerima notifikasi yang menyatakan kod QR telah berjaya dibaca. Dengan menekan pada pautan yang disediakan pada notifikasi tersebut, ia akan membawa anda kepada perincian maklumat atau data tersebut.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini