Agak lama kerja pengubahsuaian dilakukan secara besar-besaran di Genting Highland, akhirnya taman tema terbaru yang diberi nama Skytropolis Funland telah dibuka kepada umum. Dengan wajah baru serta permainan yang lebih menyeronokkan, Skytropolis Funland menjanjikan pengalaman yang lebih menarik buat pengunjung.
Secara keseluruhannya untuk taman tema Skytropolis Funland ini, terdapat 13 jenis permainan yang ditawarkan iaitu Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boom Bum, Tea Cups dan Balloon Race. Manakala 9 lagi tambahan permainan indoor dijangka beroperasi dalam tempoh yang terdekat.
Skytropolis Funland dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan harga tiket bagi setiap permainan boleh didapati di kaunter pembelian pada harga RM 10 bagi Isnin sehingga Jumaat. Manakala harganya sedikit tinggi iaitu RM15 pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan.
Bagi anda yang ingin mendapatkan harga pakej, boleh mendapatkan pas reviu yang berharga RM60. Namun, adalah dimaklumkan bahawa pas ini hanya dijual secara online melalui laman rasmi www.rwgenting.com