Jika sebelum ini, kejayaan seorang individu dilihat pada pencapaian akademik, kini tidak pemikiran sebegitu mulai berubah. Tanpa memiliki sijil pendidikan yang tinggi pun, setiap individu masih mampu berjaya.

Ini bukan omong-omong kosong.

Hari ini, menurut statistik, 1/3 dari mereka yang kaya di dunia tidak mempunyai kelulusan akademik formal. Termasuklah pengasas Virgin Airlines iaitu Richard Branson dan pengasas Facebook, Mark Zukerberg.

Itu contoh individu yang berjaya yang sering meniti di bibir penduduk dunia yang menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi. Di sini, kami kongsikan lagi individu-individu lain yang berjaya di dalam industri masing-masing walaupun tidak mempunyai pendidikan atau akademik yang tinggi.

1# Mendiang Steve Job

Siapa yang tidak kenal akan Steve Jobs, seorang billionaire genius dengan anggaran kekayaan $10.2Billion. Jobs pernah melanjutkan pelajaran di Portland Oregon namun gagal pada semester pertama.Namun, nama Apple sudah pun tersohor serata dunia hasil kebijaksanaan beliau sendiri.

2# Michael Dell – Dell Technologies

Michael Dell, CEO Dell Technologies dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak $23.5Billion. Seperti techpeneur yang lain, beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap teknologi.

Michael Dell pernah melanjutkan pelajaran di Univesity Texas Austin namun mampu bertahan selama setahun sahaja disebabkan beliau lebih tertarik meneruskan minat sendiri.

3# Ellen Generes


DeGeneres merupakan seorang comedian dan hos rancangan terkenal di Holywood. Dikhabarkan beliau pernah mendaftar di Universiti New Orleans tetapi gagal pada semester pertama. 

Kemudian beliau melakukan pelbagai pekerja dari mengecat rumah orang hingga ke penjual vakum. Kini, kekayaan peribadi bernilai $400Juta dan menjadi rancangan hiburan kegemaran rakyat Amerika Syarikat.

Baca juga  Doa Ketika Cuaca Panas.

4# Ted Turner

Ted Turner adalah billionaire dan pengasas Cable News Network(CNN). Sebenarnya Turner tidak gagal dalam pelajaran tetapi beliau dibuang kolej kerana membawa wanita dalam bilik tidur. Selepas itu, beliau bekerja di syarikat pengiklanan bapa sendiri sebelum menubuhkan CNN.

5# Kim Kardashian

Image via Vanity Fair

Artis kontroversi ini juga seorang yang tidak memiliki sijil akademik namun berjaya melalui cara beliau tersendiri. Menurut laporan, kekayaan Kim Kardashian berjumlah $175Juta.

Kim pernah mencuba untuk melanjutkan pelajaran di kolej namun tidak sempat habis. Kim mengatakan bahawa suatu hari nanti beliau akan sambung belajar dan mendapatkan ijazah undang-undang untuk kepuasan diri.

6# Larry Elison

Ellison mempunyai kehidupan yang menarik dengan kekayaan keluarga yang tersendiri. Beliau pernah gagal di kolej sebanyak dua kali iaitu di University Illionis dan Chicago.

Selepas belajar mengenai computer dan pengaturcaraan, beliau telah melancarkan syarikat sendiri iaitu Oracle yang hari ini telah menjadi gergasi di dunia.

Jangan Putus Asa

Perkongsian kami ini bukanlah bermakna pendidikan akademik itu tidak penting. Kita tidak tahu sekuat mana, dan sebagus mana nasib menyebelahi individu-individu di atas ini. Pendidikan formal tetap penting.

Cuma, sekiranya tidak berjaya di dalam akademik, belum bermakna hidup kita sudah gagal. Individu-individu ini telah berjaya membuktikannya. Selamat maju jaya buat semua pembaca Ohsempoi!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini