•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cuti sekolah telah bermula dan pastinya perkara yang merungsingkan ibu bapa adalah kemana hendak dihabiskan masa cuti sekolah ini bersama anak-anak. Jika anda bercadang untuk bercuti di Kuala Lumpur, kami cadangkan supaya anda masukkan 9 senarai tempat percutian ini dalam iternary anda.

1. Taman Rekrasi 99 Wonderland Park, Selayang.
Taman ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 2018. Terletak di Tasik Sri Murni, Selayang telah menjadikannya lokasi ini sebagai salah satu tarikan terbaru yang ada di Kuala Lumpur.

Ia dibuka kepada setiap hari bermila jam 6 petang sehingga 9.30 malam. Kecuali pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari Cuti Umum waktu operasi dilanjutkan sehingga jam 10 malam.

Antara daya tarikan Taman Rekrasi 99 ini adalah Sky Fountain, T-Rex Ring, Magical Bridge dan pelbagai taman haiwan.

2. Farm In The City
Tempat ini berkonsepkan petting zoo, kebanyakkan haiwan di Farm In The City dibiarkan bebas dan para pengunjung boleh melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat.

Konsep kampung Malaysia yang diketengahkan pastinya memberikan pengalaman yang cukup menarik kepada pengunjung.

Antara aktiviti yang boleh dibuat di sini adalah memberi makan kepada haiwan seperti kura gergasi, kambing, burung dan banyak lagi. Menangkap ikan, bermain dengan arnab serta menunggang kuda.

3. Hutan Simpan Bukit Nanas
Hutan Simpan Bukit Nanas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh semulajadi dan melihat fauna seperti burung-burung yang terdapat di kawasan ini sambil bersiar-siar merentasi jambatan gantung sepanjang 200 meter.

Tiada bayaran yang dikenakan kepada pengunjung untuk memasuki kawasan ini kecuali bayaran parking kenderaan.

4. Taman Cabaran, Putrajaya
Tempat ini sesuai untuk anak-anak yang gemarkan aktiviti lasak. Taman Cabaran terletak di Presint 5, Putrajaya iaitu berdekatan dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Antara fasiliti sukan yang disediakan di sini adalah rock wall climbing, skate park dan thrill park. Ruang rock wall climbing dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak. Wall Climbing bagi kanak-kanak adalah percuma dan mereka pasti suka menghabiskan masa memanjat di sini.

5. Pusat Sains Negara
Lokasinya terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur merupakan satu institusi pembelajaran tidak formal yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, minat dan penghargaan orang ramai terhadap Sains dan Teknologi.

Baca juga  5 Tips Memilih Peguam Hartanah di Malaysia

Pusat Sains Negara menyediakan dua aras Galeri dan Pameran serta sebuah taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran yang disediakan disini lebih berbentuk self–exploration membolehkan pengunjung untuk memahami dan mempelajari semua pameran yang disediakan.

Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis (9:00 am – 5:00 pm)

6. Kidzania
Kidzania adalah education indoor themepark yang satu-satunya ada di Malaysia. Disini kanak-kanak berpeluang merasai pengalaman ‘bekerja’ seperti orang dewasa dalam dunia mereka sendiri.

Ia direka sebagai sebuah bandar interaktif yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 sehingga 14 tahun untuk merasai sendiri pengalaman sebenar dunia pekerjaan. Berkonsepkan role play, kanak-kanak berpeluang meneroka pelbagai jenis pekerjaan seperti ahli bomba, juruterbang, doktor, chef, polis dan sebagainya.

7. G2G Animals Garden, MAEPS
Terletak di Seri Kembangan Selangor, G2G Animals Garden baru di buka pada bulan Disember tahun lepas. G2G yang bermaksud Goat to Go adalah taman yang berkonsepkan Eco dan Agro Tourism sangat sesuai dilawati seisi keluarga.

Terdapat lebih 200 spesies haiwan yang terdapat sini dan berkonsepkan petting zoo. Antara daya tarikan yang utama ialah Therapy Goat House. Di sini, pengunjung boleh melihat, memegang dan berswafoto bersama kambing dengan lebih dekat lagi. Malah, pengunjung juga diberi peluang untuk memberi susu kepada anak-anak kambing yang ada.

Tarikan lain yang ada di sini ialah pigeon house, rabbit garden, bird aviary dan rumah terapi. Wah! banyaknya haiwan di sini. Berbaloi bawa anak-anak dan keluarga musim cuti sekolah ini.

8. Petrosains KLCC
Merupakan muzium interaktif yang mengetengahkan konsep sains interaktif sebagai bahan pemeran. Pengunjung boleh bermain dengan ujikaji sains yang disediakan dan merasai pengalaman seperti berada di pelantar minyak. Tarikan utama di sini adalah simulator helikopter serta kenderaan merentas masa ketika memasuki Petrosains. 

9. Taman Burung Kuala Lumpur
Merupakan taman burung terbesar di Malaysia dan taman burung terbuka terbesar di dunia. Ia mempunyai lebih 2000 ekor burung dari lebih 200 spesis burung yang berterbangan bebas di dalam kawasan terbuka yang dilitupi jaring.

Pengunjung boleh berinteraksa dengam burung tanpa sempadan serta melihat pertunjukan burung yang disediakan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini