Tentang Klimaks Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu.

klimaks wanita

Ilmu rumahtangga sangat luas dan perlu sentiasa dikemaskini. Jangan malu atau segan untuk berdiskusi suami isteri tentang segala hal. Ini termasuklah hal kepuasan di bilik tidur. Ramai yang tidak selesa berbincang tentang hal ini bersama pasangan masing-masing tetapi tanpa segan-silu boleh pula berbincang secara terbuka di grup media sosial.

Jangan macam itu kawan. Kenali sikap dan sifat pasangan masing-masing.  Yang tak betul, sama-sama perbetulkan. Yang salah faham, sama-sama kongsi ilmu agar pasangan kita faham.

Jadi, kami ingin kongsikan salah faham yang sering difikirkan oleh lelaki. Ini fakta sebenar tentang klimaks wanita yang perlu lelaki fahami.

Mitos : Wanita tidak akan mengantuk selepas klimaks.

Kebenaran : Sesetengah wanita dan juga lelaki akan rasa lebih bertenaga sesudah klimaks. Ada sesetengah juga ingin terus tidur dalam dakapan orang yang disayanginya.

 

Mitos : Ramai wanita inginkan pelukan manja kala mencapai klimaks.

Kebenaran : Ada sesetengah wanita berasakan panas dan tidak mahu menyentuh pasangannya sesudah sesi hubungan intim. Tetapi ada juga yang mahukan pelukan manja. Ia bergantung pada keinginan masing-masing.

 

Mitos : Wanita sukar untuk klimaks ketika seks ‘quickie’ kerana mereka mengambil masa yang lama.

Kebenaran : Bagi wanita yang mempunyai kesukaran untuk terangsang atau mungkin memerlukan masa yang lama untuk ‘bersedia’ ada kemungkinan tidak akan mencapai klimaks ketika sesi intim ‘quickie’ ini. Tetapi tidaklah semua wanita mengalami masalah ini. Jika anda jenis yang mudah terangsang dengan sentuhan suami atau mungkin dari segi idea quickie itu, pastinya anda akan lebih cepat untuk klimaks kerana tahap rangsangan yang over-the-top.

Mitos : Klimaks berganda adalah mustahil bagi wanita.

Kebenaran :Sebenarnya ia tidak mustahil tetapi cuma tidak semua wanita mempunyai kelebihan ini. Mungkin hanya 15 peratus wanita sahaja yang boleh mencapai klimaks berganda dalam satu sesi. Tetapi ia juga bergantung pada tahap rangsangan serta berapa lama sesi seks itu boleh mengambil tempat. Biasanya, wanita yang boleh mencapai klimaks berganda ini punya tempoh refraktori yang singkat berbanding mereka yang mencapai klimaks sekali untuk satu sesi. Jadi disebabkan itu wanita yang punya kelebihan ini boleh kembali beraksi dengan lebih cepat.

 

Mitos : Ejakulasi adalah tidak masuk akal.

Kebenaran : Percayalah yang sesetengah wanita mampu mencapai proses ejakulasi, tetapi kebanyakannya tidak.

Nota Kaki: Malam ini malam Jumaat kan?


1 komen

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini