Kurang 3 minggu lagi sebelum peminat MCU dapat menonton filem Avengers: Endgame. Dan seperti biasa untuk menghangatkan keadaan apabila Marvel Studios mengeluarkan trailer terbaru filem tersebut dengan beberapa adegan yang menambahkan lagi kekusutan para peminat untuk mengetahui apakah yang bakal berlaku di pengakhiran cerita ini.

Didalam trailer terbaru ini, dapat dilihat Iron Man akhirnya selamat kembali ke bumi sebelum mereka membuat perancangan terakhir untuk kembali bertarung dengan Thanos. Dapat dilihat juga, Nebula iaitu kakak angkat kepada Gamora dan juga anak angkat kepada Thanos turut semeja bersama para Avengers, begitu juga dengan Captain Marvel.

Apakah kesudahan filem ini? Sama-sama kita nantikan. Untuk makluman, filem Avengers: Endgame akan ditayangkan di pawagam 2 hari lebih awal daripada tayangan di U.S. Anda dah beli tiket ke belum?

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

Baca juga  Siti Nurhaliza & Vivo Lancarkan Telefon Pintar Edisi Terhad Vivo V15 Blossom Pink

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini