“The Predator” Kembali Mengganas Dan Kini Dengan Anjing Buruan


Siapa yang tak tahu filem aksi fiksyen yang menyaksikan makhluk asing paling stylo yang pernah dihasilkan, Predator. Mempunyai raut wajah yang seakan-akan kala jengking dengan rambut ala-ala “dreadlock“, fizikalnya yang berkali ganda daripada manusia dengan dilengkapi high-tech armor yang melangkaui kemampuan teknologi bumi sedia ada.

Boleh dikatakan ia merupakan salah satu filem di zaman 90-an yang paling legend pernah dihasilkan apabila jalan cerita dilengkapkan juga dengan kemunculan pelakon sasa yang kini seorang gabenor di Amerika Syarikat, Arnold Schwarzenegger.

Terbaru, selepas beberapa siri filem ini ditayangkan di panggung wayang beberapa tahun lalu iaitu, Predator pada tahun 1987, Predator 2 pada tahun 1990, dan Predators pada tahun 2010. Kini, makhluk asing pemangsa ini bakal kembali mengganas di panggung-panggung wayang berdekatan dengan anda.

Akan mula ditayangkan pada 12 September ini, pihak Century Fox beberapa hari lepas secara rasminya menyemarakkan rasa keterujaan peminat-peminat apabila telah mengeluarkan trailer terakhir bagi filem “The Predator“.

Difahamkan untuk plot penceritaan filem The Predator kali ini, ia mengisahkan seorang budak dikawasan pedalaman yang tinggal bersama ibunya yang secara tidak sengaja telah mencetuskan kembalinya makhluk asing pemangsa ini ke muka bumi.

Seperti yang dapat dilihat daripada trailer yang dikeluarkan, kembalinya makhluk-makhluk ini juga menunjukkan berlakunya aktiviti pemburuan diantara 2 jenis spesis Predator seperti yang pernah dilihat melalui filem Predators.

Namun yang menariknya, The Predator kembali dengan keupayaan fizikal yang lebih kuat, mental yang lebih bijak dan kemusnahan yang lebih dahsyat berbanding sebelumnya – mereka telah menaik taraf diri mereka dengan DNA makhluk asing daripada spesies lain dan yang pastinya, cara buruan mereka juga telah berkembang. Nampak tak Predator dah ada bela anjing?


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini