Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, merupakan perumpamaan yang agak sesuai untuk dikenakan pada isu penarikan servis penyediaan set top box kepada pengguna baru Unifi. Ini kerana melalui berita yang diterima, bermula Januari tahun ini pihak TM dilihat telah menghentikan perkhidmatan mereka yang menyediakan set kotak Unifi TV (STB) kepada pelanggan-pelanggan baru dimana sebelum ini ianya diberikan secara percuma bagi setiap pendaftaran baru bagi membolehkan pengguna Unifi TV menonton rancangan TV yang ditawarkan di dalam pakej langganan.

Mengesahkan berita tersebut apabila dapat dilihat dibahagian dokumen FAQ laman rasmi mereka, punca mengapa pihak TM memutuskan untuk tidak lagi menyediakan peranti set kotak Unifi TV (STB) tersebut kepada pelanggan-pelanggan baru adalah kerana pihak TM mendapati kebanyakan pengguna-pengguna servis mereka kini lebih suka menggunakan perkhidmatan streaming kandungan pihak ketiga dengan mengubahsuai peranti pintar mereka.

Namun begitu, disebalik berita yang kurang enak ini, pihak pelanggan yang tidak disediakan peranti STB untuk tontonan rancangan TV mereka, mereka masih boleh mengakses dan menonton rancangan-rancangan kegemaran mereka secara online yang mana ianya boleh dapat diakses melalui aplikasi PlayTV unifi.

Baca juga  COVID-19: Arab Saudi Halang Kemasukan Jemaah Umrah Dan Pelancong

Selain daripada keputusan pihak TM untuk tidak lagi menyediakan peranti set kotak Unifi TV (STB), difahamkan pihak TM juga bertindak untuk mengeluarkan set telefon tanpa wayar daripada senarai penawaran peranti kepada pengguna.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini