Tips Bijak Berbelanja Peralatan Sekolah


Musim kembali ke sekolah sedang hangat berlangsung. Semua pasaraya besar giat menjalankan kempen Kembali Ke Sekolah bagi memenuhi kehendak ibu bapa yang sedang menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Dalam mempersiapkan kelengkapan sekolah anak-anak, anda perlu menjadi pembeli bijak agar dapat menjimatkan perbelanjaan dan tidak berbelanja secara boros.

Berikut kami kongsikan tips bijak dalam berbelanja untuk persiapan sekolah anak-anak.

1. Beli Yang Perlu Sahaja
Kenal pasti keperluan sekolah anak anda. Buatkan list dan keluarkan senarai yang tidak perlu seperti sticker nama, tali leher, tali pinggang, botol air dan lain-lain. Ingat! Bukan semua benda perlu yang baru setiap kali memulakan sesi persekolahan.

2. Tetapkan Budget
Anda perlu tetapkan berapakah budget untuk membeli barang keperluan supaya anda tidak membeli barangan yang mahal harganya.

3. Beli Ketika Promosi
Harga promosi selalunya lebih murah dari harga biasa. Berbelanja ketika jualan murah dapat menjimatkan kos. Jualan Kembali Ke Sekolah yang diadakan pada setiap hujung tahun biasanya menyediakan lebih banyak pilihan.

4. Buat Perbandingan Harga
Ini adalah penting supaya anda tidak tertipu dengan kempen jualan murah yang diadakan. Jangan lupa bandingkan juga harga barangan yang dijual secara online.

5. Minta Dari Saudara Mara
Jika ada saudara mara yang telah tamat persekolahan, anda boleh meminta barang yang masih elok darinya seperti buku, bag, baju, kasut dan sebagainya.

6. Shopping Online
Berhati-hati ketika membeli barangan sdcara online agar tidak tersalah saiz atau kualiti. Banyak barang keperluan sekolah yang lebih murah boleh didapati secara online namun pastikan anda membaca keterangan produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

7. Kitar Semula
Keperluan sekolah yang masih dalam keadaan baik boleh digunakan semula untuk musim persekolahan tahun hadapan. Jangan jadikan amalan musim persekolahan baru semua keperluan juga perlu baru. Kasut, bag, baju dan sebagainya yang masih elok keadaannya masih boleh digunakan semula.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini