Memilih ikan di pasar bukan lah sesuatu yang mudah. Bagi anda yang tidak mahir dengan skill di dapur, pasti agak sukar untuk anda mengenal pasti ikan manakah yang segar atau tidak.

Mungkin anda hanya boleh melihatnya melalui keadaan perut ikan yang masih elok dan tidak berbau busuk. Tapi tahukah anda bahawa selain dari itu, ada beberapa perkara lagi yang perlu anda tahu bagi memastikan ikan yang anda beli adalah segar.

Berikut kami kongsikan beberapa tips bagi memilih ikan segar di pasar.

1. Warna Ikan
Lihat warna ikan tersebut. Jika kelihatan masih berkilat dan warna masih terang, ia adalah ikan segar. Ikan lama biasanya kelihatan lebih pucat warnanya.

2. Tekstur Ikan
Gunakan hujung jari anda untuk menekan di bahagian perut ikan. Jika ikan segar, anda boleh rasakan bahawa teksturnya masih keras dan pejal. Ikan lama biasanya tekstur ikan agak lembik.

3. Mata Ikan
Ikan segar boleh dilihat melalui matanya yang bersinar, jernih dan cembung. Kedudukan matanya juga tidak termasuk ke dalam. Manakala ikan yang telah lama kebiasaan matanya merah dan suram.

Baca juga  10 Tips Menjadi Orang Kaya..!

4. Insang Ikan
Ikan segar biasanya masih boleh dilihat melalui warna insangnya yang masih merah segar. Ikan yang telah lama insangnya kelihatan merah pucat atau merah kehitaman.

5. Badan Ikan Berlendir
Ikan segar biasanya mempunyai lendir jernih di bahagian sisiknya. Bila dipegang, ia agak licin. Ikan yang telah lama biasanya badannya lebih kesat kerana telah dibekukan. Tapi awas kerasa jika ikan terlalu berlendir, ia mungkin juga ikan yang terlalu lama.

6. Sisik Ikan
Sisik ikan segar biasanya sukar ditanggalkan manakala sisik ikan yang telah lama mudah dikoyak menggunakan jari.

Selepas ini jika anda ingin membeli ikan di pasar, pastikan anda meneliti tips yang dikongsikan ini supaya anda tidak terbeli ikan lama. Ikan segar adalah lebih enak di makan. Bagi penggemar makanan laut, pasti anda boleh merasai perbezaan makan makanan segar dan juga sebaliknya.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini