Tips mendapatkan anak kembar.


Seronok melihat mereka yang mempunyai anak kembar. Kebahagiaan itu berganda lebih-lebih lagi apabila menggayakan kembar tersebut dengan pakaian yang sama. Mereka yang mempunyai anak kembar sering menjadi tumpuan apabila pergi kemana-mana. Bukan sahaja ketika bayi malah sehingga dewasa juga.

Terdapat dua jenis kembar yang biasa kita lihat iaitu kembar seiras dan tidak seiras. Pembentukan kembar tidak seiras berlaku apabila persenyawaan dua atau lebih ovum berasingan manakala jika satu ovum disenyawakan kemudian terbahagi kepada dua atau lebih maka hasilnya adalah kembar seiras.

Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat ada berkongsikan beberapa tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan.

1. Keturunan
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.

2. Hamil ketika usia 40 tahun ke atas
Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.

3. Pengambilan vitamin dan asid folic
Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.

4. Makan produk tenusu
Mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.

5. Makan keladi atau ubi
Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.

6. Hormon subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.

7. Rawatan IUI & IVF
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

Dalam keterujaan mendapat anak kembar, ada juga risiko yang perlu dihadapi dan ditakuti pasangan iaitu kembar siam. Kembar siam terjadi apabila pembahagian sel yang tidak lengkap berlaku dan menyebabkan bayi bersambung di bahagian tertentu atau mungkin juga berkongsi organ dalamam.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini