Sebagai ibu bapa, apakah yang anda perlu lakukan bagi menjaga kesihatan gigi si kecil? Selain menjaga pemakanan dengan mengurangkan makanan manis, anda juga perlu latih si kecil untuk memberus gigi sedari awal lagi.
Penjagaan gigi bayi perlu bermula sebelum gigi pertamanya tumbuh. Jadi anda perlu membiasakan anak anda untuk memberus gigi dari peringkat awal. Berikut ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk mengajar anak memberus gigi.
1. Berus gigi yang menarik
Biarkan anak anda membuat pilihan berus giginya sendiri. Berikan dia beberapa pilihan untuk dipilih. Ada banyak jenis berus gigi yang boleh menarik perhatian.
2. Berus gigi bersama
Berus gigi anda dihadapan anak. Biarkan dia melihat dan terasa keinginan untuk mencuba. Berikan berus gigi kepadanya untuk dipegang ketika anda memberus gigi. Kanak-kanak lebih mudah meniru apa yang dilihatnya.
3. Gunakan ubat gigi berperisa
Ubat gigi berperisa adalah dibuat bagi menarik minat anak anda untuk memberus gigi. Lama kelamaan apabila dia sudah membiasakan diri memberus gigi, anda boleh tukarkan ubat gigi kepada jenis biasa yang tidak berperisa.
4. Berus gigi dan bermain
Jadikan aktiviti memberus gigi sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh gunakan bantuan muzik jika perlu. Jangan terlalu serius dan mendesak.
5. Berus secara konsisten
Aktiviti memberus gigi perlu dilakukan secara konsisten setiap kali mandi. Ia akan memberi maksud kepada anak anda bahawa memberus gigi itu adalah perlu.
Apa yang penting juga adalah berikan pujian kepada anak anda setiap kali dia memberus gigi. Ini supaya dia terasa seronok melalukan aktiviti tersebut. Semoga tips ini dapat membantu anda manjaga kesihatan gigi anak anda dengan lebih baik.