Semua orang suka travel dan bercuti, menikmati keunikan dan keindahan alam ciptaan Allah serta kepelbagaian budaya masyarakat setempat. Ketika bercuti pastinya anda tidak melepaskan peluang merakamkan gambar sebagai memori indah untuk dikenang kembali.
Semasa bercuti, pastikan anda merakam gambar yang menunjukkan keindahan tempat tersebut. Kenalpasti apakah yang anda ingin tonjolkan di dalam gambar.
Bagi memastikan gambar percutian anda menarik dan tidak membosankan, anda perlu tahu dan ikuti 5 tips berikut.
1. Komposisi
Apabila bergambar, tidak perlu menonjolkan diri anda sebagai subjek utama di dalam gambar. Yang penting panorama yang ingin ditonjolkan jelas. Contohnya seperti gambar di bawah ini.
2. Possing
Anda tidak pandai bergaya? Tiada masalah kerana dengan berdiri tegak membelakangi camera juga sudah memadai. Yang penting persekitaran anda mempunyai subjek menarik untuk ditonjolkan. Contohnya seperti gambar di bawah ini.
3. Trademark
Cipta trademark dan gaya anda sendiri. Pernah lihat gambar percutian yang hanya menunjukkan tangan pasangan kekasih berpegangan. Itu salah satu contoh yang ada. Anda juga boleh cipta trademark mudah anda sendiri. Contohnya seperti gambar travel blogger Kisah Emas Putih di bawah.
4. Pakaian beranika warna dan ceria
Kenalpasti lokasi anda dan pilih warna pakaian yang dapat menonjolkan diri anda. Jika anda bercuti di tepi pantai, elakkan pakaian yang berwarna biru atau cream kerana ia menyerupai warna laut dan pasir. Anda tidak dapat menyerlah di dalam gambar. Jika anda bercuti di dalam kawasan hutan dan kehijauan, jangan memakai pakaian yang mempunyai warna yang sama.
5. Kurangkan selfie
Selfie sebenarnya hanya memberikan fokus kepada muka anda dan tidak kepada pandangan di belakang anda. Kurangkan gambar selfie dan gunakan tripod jika perlu.
Ini adalah tips ringkas dan mudah untuk anda menghasilkan gambar percutian yang menarik. Anda boleh lihat contoh gambar percutian dari Travel Blogger Emas Putih yang sering mendapat perhatian netizen.