Terlalu banyak produk kecantikan yang dijual dipasaran yang menjanjikan kulit menjadi putih dan berseri. Walau bagaimanapun tidak semua produk itu berkesan untuk anda, lebih teruk lagi ia mungkin memberikan kesan sebaliknya.
Jangan risau kerana anda boleh amalkan petua berikut bagi mendapatkan kulit yang cantik, sihat dan putih.
1. Banyakkan minum air masak
Ini adalah perkara asas yang anda pelu tahu. Pengambilan air yang mencukupi dapat memastikan sistem dalam badan berfungsi dengan sebaiknya. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari kerana badan kita memerlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu menggantikan sel-sel yang mati terutamanya sel kulit.
2. Gunakan air basuhan beras
Air basuhan beras jangan terus dibuang, gunakan semula untuk membasuh muka. Ia adalah salah satu cara untuk memutihkan kulit secara semulajadi.
3. Air limau nipis
Hiris sebiji limau nipis dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang ingin diputihkan dan biarkan selama 30 minit hingga 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan kulit akan kelihatan lebih putih dalam masa beberapa minggu sahaja.
4. Aloe Vera atau daun lidah buaya
Kebanyakan produk kecantikan kulit ada menggunakan aloe vera sebagai salah satu bahan untuk mencantikkan kulit. Anda boleh amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit.
5. Biji Tomato
Ratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada 2 bahagian. Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Ia boleh mencantikkan dan memutihkan kulit muka.
Jadikan petua ini sebagai amalan harian anda. Perlu diingatkan, kurangkan penggunaan alat solek yang mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kulit. Dan perlu diingatkan juga bahawa wuduk juga salah satu petua terbaik dalam menjaga sinar di wajah anda.
Selamat mencuba!