Ingat lagi tak teka-teki dalam cerita Nujum Pak Belalang… “1- Banyaaaaak… 2- Sedikit-sedikit… 3- Jarang-jarang… 4- Kadang-kadang…”
Antara tips dan petua untuk bertahan lama dalam kebahagian rumah tangga adalah :
-
- Kepercayaan
Dalam perkahwinan, kepercayaan berada di ranking pertama. Jika tiada kepercayaan, syaitan dengan mudah menghasut untuk berprasangka buruk. Tapi jangan letak kepercayaan 100% kepada pasangan, biar ada sedikit sense untuk kita hidu kecurangan pasangan jika ada. - Komunikasi
Bagaimana kita dengan rakan-rakan, begitu juga sepatutnya kita dengan pasangan. Ringankan mulut untuk berborak apa sahaja topik bersama pasangan. Pasangan perlu menjadi jadi BFF no 1. - Toleransi
Beri ruang dan peluang kepada pasangan untuk membuat keputusan. Jangan sebelah pihak sahaja yang membuat keputusan. Selain bertoleransi dalam urusan rumah tangga, perlu juga bertoleransi dalam hubungan pasangan dan rakan-rakannya iaitu berikan juga ruang kepada pasangan untuk meluangkan masa bersama rakan. - Berjemaah
Berjamaah ni bukan hanya dari segi solat berjemaah sahaja, makan pun harus berjemaah, tengok tv pun berjemaah. Waktu makan pastikan semuanya ada di meja dan makan sekali. Tengok TV pun bersama-sama. - Kepentingan keluarga vs kerjaya
Sentiasa dahulukan keluarga dari kerjaya. Paling penting disaat-saat memerlukan seperti ketika pasangan atau anak tidak sihat. Dan tak lupa juga sokongan untuk aktiviti yang dilakukan pasangan/anak, pastikan kita sentiasa menjadi tulang belakang dalam apa juga perkara baik yang dilakukan pasangan dan anak-anak. - Aktiviti bersama
Banyakkan aktiviti luar bersama pasangan dan keluarga. Tidak semestinya pergi bercuti, dapat melakukan aktiviti riadah petang bersama juga adalah sesuatu yang bagus. Yang penting dapat spend time togather dan buat aktiviti bersama.
- Hubungan kelamin
Dalam hubungan suami isteri, benda ni adalah perkara penting yang tak boleh diambil mudah. Banyak perkahwinan yang goyah disebabkan perkara ini. Nak dibincangkan mungkin malu dan ego, tapi pasangan tak boleh memendam rasa jika ada ketidakpuasan. Hubungan kelamin yang suram boleh mengakibatkan mood ‘kelaut’. Kualiti dan kuantiti hubungan kelamin harus bersesuaian dengan gaya hidup. Jika hubungan kelamin tiptop, InsyaAllah yang lain seperti dinyatakan di atas juga akan lebih mudah diamalkan.
- Kepercayaan
Ini adalah beberapa petua dan amalan yang boleh diamalkan supaya dapat bertahan lama dalam kebahagiaan rumah tangga.