Jangan Bagi Muka Pada Ejen Penarik Kereta Yang Tidak Ikut Prosedur.. Ini Tips nya…!


Kewangan kita jika tidak dirancang dengan baik, ia mungkin akan menjadi masalah kepada kita. Ini biasa terjadi kepada orang yang berniaga atau berkerja sendiri dan mempunyai tabung kecemasan yang tidak mencukupi. Di kala perniagaan merudum, pasti ada yang terlepas bayar.

Kena pulak semasa senang dahulu, gaya hidup agak mewah. Pakai kereta besar dan mempunyai komitmen yang banyak. Bila dah jatuh, komitmen tu semua akan menjadi beban yang perlu digalas. Antaranya adalah hutang kereta.

Bila dah tak mampu bayar, mulalah timbul pelbagai idea untuk lari daripada membayar ansuran bulanan bank tempat membuat pinjaman. Bank pula, terpaksa menggunakan Prosedur yang sepatutya (SOP) untuk mendapatkan bayaran balik hutangnya. Di antara prosedur utamanya ialah menggunakan penarik kereta.

Apa tindakan yang patut anda buat jika anda berada dalam situasi begini..?

Serah kenderaan kepada bank jika tidak mampu bayar ansuran bulanan Kepada bank. Jangan lari daripada bank. Kelak ia akan lebih menyusahkan hidup anda.

Tips yang sangat membantu ini daripada Persatuan Keselamatan Pengguna (PKP).

Sekiranya anda tidak mampu meneruskan pembayaran ansuran hutang kenderaan anda, jangan sesekali anda lakukan perkara-perkara ni:

  1. Serah kepada pihak ke-3 (Skim Sambung Bayar)
  2. Sembunyikan daripada pihak Bank elak ditarik…
  3. Jual spare part atau sebagainya…

Ini kerana anda akan di Blacklisted, Ccriss, dan dikenakan pelbagai denda dan caj upah tarik kereta, upah simpan stor dan lain-lain. Ini semua akan menambahkan kesengsaraan anda yang dah sedia sengsara tu…!

Oleh itu, anda disarankan pergi ke Bank terbabit dan serahkan kunci dan kereta anda. Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari daripada tarikh anda serah kepada Bank untuk dituntut semula.

Baca juga  Upah untuk potong rambut Sultan Brunei bernilai RM85,000

Sekiranya anda tidak menebus semula dalam masa 21 hari daripada tarikh serah, Bank berhak melelong kenderaan anda. Hasil lelong tadi akan di tolak baki hutang dengan Bank dan bakinya adalah milik anda, sekiranya masih ada…

Mengikut prosedur, adalah menjadi satu kesalahan jika pihak bank menarik kereta anda jika:

  1. Hutang anda (finance) sudah dibayar melebihi 75% daripada jumlah keseluruhan hutang yang dibuat.. (kecuali ada surat mahkamah)
  2. Kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.
  3. Pada hari cuti umum.
  4. Selepas jam 9 malam.

Ejen Penarik Kereta juga ada prosedur mereka sendiri yang telah ditetapkan. Antaranya:

  • Ejen Penarik Kereta mestilah mempunyai Kad Autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula daripada KPDNKK.
  • Sekiranya si Penarik Kereta datang lebih daripada seorang, mereka semua mestilah mempunyai Kad EPS.
  • Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dan sebagainya.
  • Sekiranya berlaku juga seperti yang di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

Diharap tips tangani Ejen Penarik Kereta ini dapat memberi gambaran yang jelas akan hak anda.

Ramai Ejen Penarik Kereta di luar sana mengambil mudah akan hal ini. Mereka selalunya akan menekan kita untuk mendapatkan kereta kita ataupun wang yang mereka mintak secara ugutan untuk tidak menyerahkan kereta kepada bank. Video di atas adalah salah satu contohnya..!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini