Telekom Malaysia telah mengeluarkan notis tender untuk penjualan TM Annex 1 dan TM Annex 2 yang terletak di sebelah Menara TM. Dengan lokasi yang berada di pusat bandaraya Kuala Lumpur dan kiraan kasar keluasan lantai sebesar 679,015 kaki persegi, ianya dianggap sebagai aset yang bernilai tinggi.

Jadi, kenapa pihak TM ingin menjual aset mereka ini? Walaupun daripada segi persepsi umum yang mudah membuat tanggapan bahawa syarikat ini berada dalam situasi yang sukar buat masa sekarang, dengan penjualan aset ini ianya mungkin merupakan satu berita yang baik.

Ini kerana kebiasaanya penjualan aset bagi sesetengah syarikat adalah kunci kepada pelaburan mereka. Melalui jualan ini bukan sahaja dapat membantu menghasilkan dana operasi tambahan, malah boleh dijadikan modal untuk pelaburan dikawasan lain yang lebih strategik.

Untuk makluman, pada penghujung tahun 2018 Media Prima telah mengambil tindakan untuk menjual Balai Berita mereka di Bangsar kepada PNB Development Berhad dan sebuah lagi kilang percetakan di Shah Alam dengan nilai keseluruhan RM280 juta. Yang mana melalui penjualan tersebut, ianya membantu Media Prima memperolehi keuntungan sebanyak RM127.7 juta, dan dalam masa yang sama melakukan penjimatan sebanyak RM10 juta setiap tahun.

Baca juga  Berbangsa Cina Hokkien, Tapi Dapat 8A Dalam UPKK..!

Jadi, jika anda mempunyai modal yang besar dan berminat untuk memasuki tender pembelian aset TM ini, anda boleh menghadiri sesi taklimat tender yang akan berlangsung pada Rabu, 27 Februari ini di Pusat Konvensyen TM. Dan sebelum memasuki tender itu juga, perlu dimaklumkan anda perlu membeli dokumen tender yang bernilai RM500 setiap salinan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini