TNB akan ambil tindakan mahkamah kepada penyewa rumah yang gagal jelaskan bil elektrik.


Pening kepala sebab penyewa tinggalkan rumah dengan tunggakan Bil TNB mencecah ribuan ringgit? Ini panduan untuk tuan rumah agar perkara ini tidak berulang hingga menyebabkan kerugian.

Pihak TNB telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk keadilan tuan rumaj. Skim ini membolehkan nama Penyewa didaftarkan dalam Bil TNB Bulanan menggantikan nama pemilik rumah.

Berikut adalah proses yang perlu dilakukan tuan rumah bagi mendaftarkan nama penyewa di dalam bil bulanan TNB :

1. Tamatkan Bil TNB atas nama tuan rumah.

Keperluan adalah sesalinan MyKad dan Surat Pengesahan No Akaun Bank tuan rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.

2. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.

a. Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tuan rumah boleh mohon penyewa isi borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tuan rumah boleh mewakili penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula.

b. Sesalinan MyKad Penyewa.

c. Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.

d. Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.

e. Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB sebanyak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang.

Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang biasanya diamalkan di Malaysia.

3. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa.

Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.

Sekiranya Penyewa berkenaan berpindah keluar, penyewa perlu ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB.

Jika ada tunggakan, mereka perlu selesaikan terlebih dahulu disebabkan ia atas nama sendiri.

Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh penyewa, TNB sendiri akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka.

Kredit : Facebook Mohd Noor Hafiz


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini