Tom Cruise Lakukan Terjunan HALO Demi Filem Mission: Impossible – Fallout


Dalam tayangan sesebuah filem antarabangsa, jarang sekali filem itu mencapai tahap yang membosankan lebih-lebih lagi apabila filem itu berlatar-belakangkan genre aksi. Ini kerana pemilihan pelakon-pelakon yang memainkan watak sesebuah filem itu dititik-beratkan bagi mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan.

Menjadi contoh buat industri perfileman dalam dan luar negara bilamana sebuah filem aksi baru yang berjudul Mission: Impossible – Fallout dilihat menggunakan sepenuhnya kebolehan pelakon utama, Tom Cruise dalam melakukan aksi-aksi stunt. Tom Cruise yang sudah sinonim dengan watak yang bernama Agent Hunt, sekali lagi diberi kepercayaan 100% dalam melakon dan mempamerkan aksi-aksi yang mendebarkan sekaligus memberikan kepuasan yang berganda kepada penonton-penonton yang datang melihat hasil lakonannya.

Apabila bercakap mengenai isu kepercayaan yang diberikan oleh pengarah filem kepada Tom Cruise, itu termasuklah aksi pelakon ejen terbaik MI6 itu dalam melakonkan terjunan HALO yang merupakan akronim kepada teknik terjunan High Altitude-High Opening.

Secara asasnya teknik penerjunan HALO yang dilakukan oleh Tom Cruise ini adalah satu teknik yang digunakan oleh tentera bagi mengelakkan daripada dikesan musuh. Dan ia merupakan terjunan payung terjun daripada kapal terbang yang sedang bergerak pada paras ketinggian melebihi 25,000 – 26,000 kaki, kemudian diikuti dengan tindakan Tom Cruise yang membuka payung terjun setelah tiba pada ketinggian serendah 800 kaki.

Baca juga  Durian Akan Dipamerkan Sebagai Makanan Yang Menjijikkan Di 'Disgusting Food Museum'

Wow! Ohsem kan?

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini