Susulan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP 2), beberapa tempat di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air. Gangguan bekalan air ini turut meningkatkan permintaan terhadap bekas penyimpanan air.

Bagi mengelak pembekal tong air mengambil kesempatan menaikkan harga barang itu, Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan di sebuah premis pembekal barangan plastik di Kepong.

Pemeriksaan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur Azeem Nazuri itu mendapati permintaan bekas air meningkat namun pembekal masih mengekalkan harga sama seperti sebelum ini.

Pihak KPDNHEP menjalankan pemeriksaan di sebuah premis pembekal barangan plastik di Jalan Kepong dan mendapati pemiliknya masih mengekalkan harga sama.

Sejak semalam pihak KPDNHEP sudah menjalankan pemeriksaan di lima premis termasuk di Kepong.

Pihak KPDNHEP tidak mahu pembekal atau peniaga menaikkan harga berikutan permintaan bekas air meningkat ketika ini kerana gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang.

Baca juga  Simple Steps To Rent a House in Singapore

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kenaikan harga barang boleh menyalurkan informasi kepada KPDNHEP melalui pelbagai medium untuk tindakan lanjut.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) bermula 24 April sehinggal 27 April.

Tugas LRA SSP2 itu akan menyebabkan gangguan bekalan air hingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna dengan sebanyak 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan akan terjejas.

Dijangkakan sebanyak 106 lori tangki air dan lori tangki jumbo akan dihantar ke kawasan terjejas. Keutamaan akan diberikan kepada premis yang berkepentingan seperti hospital, klinik, sekolah dan pusat dialisis.

Bagi kes kecemasan yang memerlukan bekalan air, orang ramai boleh menghubungi talian WhatsApp 019-2816793 atau 019-2800919 yang dibuka selama 24 jam.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini