Trailer Aquaman 2018 Ini Buatkan Ramai Peminat Filem Superhero Tak Sabar Tunggu Tayangannya


Antara filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem superhero pada tahun ni adalah filem Aquaman. Aquaman ni kita dah saksikan aksi-aksi hebatnya sebelum ini dalam filem DC Batman v Superman: Dawn of Justice and Justice League. Ramai yang mula menyukai watak kasar dan bersahaja Aquaman.

Jadi kali ini DC buatkan satu filem yang berkisar tentang Aquaman sahaja. Ini satu pendekatan yang sangat bagus untuk peminat-peminat filem superhero. Aquaman ini walaupun katektornya di dalam komik sudah wujud semenjak tahun 1940-an lagi, namun ia tidak sepopular watak DC yang lain seperti Superman dan Batman. Filem Justice League bertanggungjawab membawa minat penonton lebih mendalam kepada watak Aquaman ini.

Filem ini bakal menemui penonton di seluruh dunia pada 20 Dec 2018. Tak lama lagi dah. Setakat ni kami dapati belum banyak lagi sinopsis dan review tentang filem ini. Yang ada hanya trailernya yang agak menarik.

Namun berdasarkan pembacaan ringkas kami dapatlah memberi info ringkas kepada anda yang belum ikuti karektor superhero ini. Aquaman adalah anak hasil daripada perkahwinan manusia dengan ratu Atlantis. Jadi dia adalah separuh manusia dan separuh Atlantean (bangsa Atlantis). Beliau mempunyai keupayaan untuk memanipulasi pasang surut air laut, berkomunikasi dengan kehidupan akuatik, berenang di kelajuan supersonik, dan memiliki kekuatan luar biasa. Dia keberatan untuk menjadi raja negara Atlantik bawah laut.

Movie ini berkisarkan Aquaman (Arthur Curry) yang terpaksa campur tangan untuk memimpin rakyatnya di kerajaan Atlantis melawan saudaranya Orm, penguasa Atlantis yang ingin menyatukan 7 kerajaan bawah air untuk mengisytiharkan perang ke atas dunia atas air kerana isu pencemaran laut.

Untuk mengetahui ceritanya sebenar, kita nantikan tayangan filem ini nanti. Ataupun jika ada sinopsis Aquaman 2018 yang lebih terperinci kami akan kemaskinikan di sini atau di entri yang lain untuk anda.

Sementara itu anda boleh saksikan trailer Aquaman 2018 di entri ini dahulu.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini