Perlawanan diantara Marvel dan DC dalam genre adiwira sememangnya diketahui umum. Saban hari perbandingan diantara adiwira keluaran kedua-dua jenama besar ini dijadikan perbandingan
Hari ini bersempena dengan acara Comic-Con yang berlangsung di San Diego, DC memberi highlight kepada Aquaman melalui trailer rasminya yang tersendiri di mana sebelum ini Aquaman pernah dimunculkan dalam filem Justice League bersama Superman, Batman dan Wonder Woman.
Melihat kepada trailer yang ditayangkan ini, dilihat ia memberi gambaran ringkas tentang kisah hidup Arthur Curry (Aquaman) yang dilakonkan oleh Jason Momoa yang terperangkap diantara dua dunia (kehidupan di dunia lautan dan darat), sebelum pada suatu hari ketika dia masih kecil telah menunjukkan kelebihannya untuk bercakap dengan hidupan laut semasa menyertai rombongan sekolah.
Orm yang dilakonkan oleh Patrick Wilson juga muncul dalam filem ini sebagai abang kepada Aquaman yang mana dia sedia berperang terhadap orang-orang yang mengancam dunia lautan, yang mana ianya adalah sesuatu yang bertentangan dengan pilihan Aquaman.
Filem ini secara rasminya bakal ditayangkan diseluruh dunia pada 21 Disember 2018.
perghhh best giller ni.. tazabar..!