Trailer Terbaru Godzilla: King Of The Monster, Pertarungan Epic Raksasa Purba

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pelbagai versi raksasa purba yang dikenali sebagai Godzilla telah ditayangkan. Versi terakhir keluaran Legendary Pictures pada tahun 2014 menyaksikan Godzilla diangkat martabatnya sebagai penyelamat kepada penduduk bumi apabila ia telah menewaskan makhluk gergasi yang kelihatan seperti kelawar yang dinamakan Muto.

Terkini bersempena dengan Comic Con yang berlangsung di San Diego, satu lagi episod filem Godzilla yang mendebarkan akan menemui peminat pada pertangahan tahun depan. Menerusi tontonan umum trailer rasmi yang diberi judul Godzilla: King Of The Monster, peminat dapat melihat hero purba ini akan menentang musuh-musuh baru termasuk King Ghidorah iaitu berkepala tiga yang telah lama bersembunyi.

Siapakah pemenangnya? Kami rasakan kemenangan sudah semestinya berpihak kepada Godzilla. Namun demikian, pertarungan diantara kedua raksasa ini pastinya menarik dan akan mungkin antara yang paling epik pernah dikeluarkan. Sama-sama kita nantikan tayangannya.

Barisan pelakon Godzilla: King Of The Monster ini dibintangi oleh Millie Bobby Brown, Thomas Middleditch, Kyle Chandler, Zhang Ziyi dan Sally Hawkins.

Baca juga  Tips untuk memastikan bunga segar bertahan lebih lama.
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini