Trailer Terbaru Munafik 2


Selepas kejayaan filem bergenre seram, Munafik pada tahun 2016, kesinambungan filem ini dapat ditonton dalam Munafik 2. Menuruk pengarah Munafik 2, Syamsul Yusof, filem ini bukan sekadar filem seram tetapi turut juga mengandungi elemen Islamin dan dakwah.

Filem Munafik 2 dibintangi oleh Syamsul sendiri, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca.

Sinopsis Munafik 2

Ustaz Adam menentang seorang lelaki dengan ajaran agama yang sesat. Semangat jahat yang dikaitkan dengan lelaki itu menjejaskan ibu tunggal yang miskin dari sebuah kampung yang terpencil dan Ustaz Adam harus menyelamatkannya daripada itu.

Lagu tema bagi Munafik 2, “Kerana Dunia” hasil ciptaan Syamsul dan lirik ditulis bersama sepupunya, Anwar Faizal dan dipersembahkan oleh Syamsul dan Mawi.

Munafik 2 bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 30 Ogos 2018.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini