Transformasi lorong belakang Bukit Bintang sebagai tumpuan pelancong


Siapa sangka lorong usang yang dahulunya kotor dan tidak berani dilalui orang kini akan diberikan transformasi sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara. Lorong belakang Bukit Bintang kini dalam fasa akhir sebelum dibuka kepada umum.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil inisiatif bagi mengindahkan beberapa lorong dan ruang awam antaranya Jalan Changkat, Jalan Rembia, Jalan Alor, Jalan Berangan, Jalan Tengkat Tong Shin dan beberapa lagi.

Projek mengindahkan kawasan ini telah bermula sejak November 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2018.

Datuk Mohd Najib Mohd, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL berkata, kerja-kerja ini bukan hanya melibatkan naiktaraf infrastruktur kawasan terlibat dan kerja-kerja mengecat lantai dan dinding malah diserikan juga dengan limpahan cahaya lampu.

Lukisan mural yang dilukis adalah berkonsepkan 2D dan 3D, bukan hanya di dinding malah dipermukaan lantai/jalan.

Kami di Ohsempoi tidak sabar menanti kawasan ini dibuka kepada umum. Pastinya ia akan menjadi suatu lokasi wajib pergi apabila anda mengunjungi Kuala Lumpur.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini