Tumblr Dikeluarkan Daripada App Store


Tumblr adalah salah satu media sosial yang agak popular. Namun di Malaysia, media sosial milik Yahoo ini, bukanlah satu platform perkongsian yang menjadi pilihan berbanding dengan Facebook, Instagram dan twitter.

Kepada yang tidak biasa dengan platform ini, Tumblr ialah satu platform yang berkongsi gambar dan juga cerita. Ia semacam gabungan antara Instagram dan Facebook.

Kelebihan Tumblr selain daripada dapat berkongsi gambar ialah pengguna boleh meletakkan link di dalam posting. Posting di Tumblr dapat dikongsi semula oleh pengikut akaun tersebut kepada pengikutnya. Ianya sama seperti fungsi retweet untuk twitter, repost untuk Instagram dan share untuk Facebook. Untuk Tumblr, fungsi ini dipanggil ‘reblog’.

antara muka tumblr

Tumblr sebelum ini mengumumkan bahawa applikasi tersebut telah dikeluarkan daripada App Store dengan alasan ia mengalami masalah dengan beberapa isu dan sedang cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun akhirnya mereka mengakui yang tindakan mereka mengeluarkan appplikasi tersebut daripada App Store adalah kerana mereka telah mengesan kegiatan pornografi kanak-kanak di dalam aplikasi tersebut.

Menurut Tumblr ia mempunyai sistem penapisan bagi melindungi dan menghalang imej keterlaluan yang menyalahi undang-undang seperti pornografi kanak-kanak untuk dimuat naik di platform itu.

Malangnya sistem itu nampaknya berjaya ditembusi dan walaupun Tumblr berkata kandungan itu berjaya dipadamkan segera, aplikasinya sehingga kini masih belum dimasukkan semula di App Store.

Walaubagaimanapun, untuk pengguna Android aplikasi terbabit masih ada di dalam Google Play Store.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini