Undang-undang pelik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.


Setiap negara mempunyai undang-undangnya tersendiri. Ia dibuat mengikut kesesuaian keadaan dan masyarakat negara itu sendiri. Ada antara undang-undang yang dirasakan tidak logik dan pelik di sesetengah negara tapi tidak bagi negara tersebut. Berikut kami kongsikan 10 undang-undang pelik yang terdapat di seluruh dunia.

1. Australia
Di Victoria, Australia, hanya juruelektrik yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk menukar mentol lampu. Walaupun di rumah sendiri, anda dilarang untuk menukar mentol tersebut sekiranya anda bukan seorang juruelektrik. Undang-undang ini mungkin dibuat selepas berlaku banyak kes yang tidak diingini. Jika anda tidak mematuhi undang-undang ini, anda boleh dikenakan denda sebanyak 10 Dolar Australia.

2. Italy
Di Milan, ia menjadi satu kewajipan untuk senyum sepanjang masa, kecuali ketika menghadiri pengebumian atau lawatan hospital. Jika tidak, anda perlu membayar denda. Jadi jika anda bercadang ingin bercuti di Milan, pastikan anda murah dengan senyuman. Bagus undang-undang ni kerana senyum itu kan sedekah. Hehehe…

3. Filipina
Kerajaan Filipina mengawal kebanjiran kenderaan yang masuk ke bandar Manila dengan memperkenalkan undang-undang dimana setiap kendera perlu mengikut syarat khas berdasarkan no plat kenderaan. Kenderaan bernombor pendaftaran yang berakhir dengan no 1 dan 2 dilarang masuk ke Manila pada hari Isnin, 3 dan 4 pada hari selasa, 5 dan 5 pada hari Rabu, 7 dan 8 pada hari Khamis manakala 7 dan 0 pada hari Jumaat. Walaubagaimana pun larangan ini hanya berkuat kuasa pada jam 7 pagi hingga 10 pagi dan 3 petang hingga 7 petang sahaja.

4. Korea Utara
Korea Utara mempunyai satu undang-undang yang amat berkontroversi yang dipanggil “hukuman 3 generasi”. Sebagai contoh, jika anda melakukan jenayah di negara itu, anda serta anak dan cucu anda akan dikenakan hukuman penjara. Antara kesalahan yang terbesar di Korea Utara adalah membelot, mengkritik kerajaan dan menonton filem-filem Barat dan Korea Selatan.

5. China
Pada tahun 2007, kerajaan China meluluskan satu undang-undang yang disifatkan sebagai ‘tidak masuk akal’, di mana biarawan Buddha Tibet dilarang untuk ‘lahir semula’ tanpa kebenaran pihak kerajaan.

6. Rusia
Di bandar Chelyabinsk, Rusia, memandu kereta yang kotor adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan pemandu akan dikenakan bayaran denda jika melanggar peraturan ini. Peraturan sebegini pernah dicadangkan untuk dilaksanakan di Malaysia tapi ia melibatkan kenderaan uzur yang melebihi tempoh 10 tahun tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun undang-undang tersebut masih belum dikuatkuasakan.

7. Switzerland
Di Switzerland, mengepam tandas selepas pukul 10 malam di bangunan flat adalah dilarang sama sekali. Kerajaan negara itu menganggap tindakan itu sebagai “pencemaran bunyi”.

8. Kanada
Dalam undang-undang Kanada, 1 daripada setiap 5 lagu yang disiarkan dalam radio perlu dinyanyikan oleh warga negara itu.

9. Thailand
Salah satu undang-undang yang ‘unik’ di Thailand adalah rakyat tidak dibenarkan untuk keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

10. Malaysia
Menghina dan mengutuk seseorang adalah satu kesalahan dan boleh dijatuhkan hukuman. Menurut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, apa-apa bentuk penghinaan – sama ada dalam perkataan, bahasa atau kelakuan dengan tujuan mengganggu keamanan umum atau membangkitkan kemarahan orang lain adalah salah dan boleh dikenakan hukuman.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini