• 18
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selang beberapa hari setelah pihak Telekom Malaysia (TM) mengumumkan penawaran naik-taraf kelajuan internet secara percuma bagi pengguna Unifi dan Streamyx, hari ini pengguna servis tersebut boleh mula melakukan semakan sama ada akaun masing-masing menerima naik taraf tersebut atau sebaliknya.

Melalui program naik-taraf ini, difahamkan bahawa pihak TM akan mempertingkatkan kelajuan Unifi sehingga 800Mbps, manakala untuk pelanggan Streamyx pula mereka akan menerima 2 kali ganda kelajuan ataupun menerima naik-taraf kepada rangkaian Unifi sekiranya lokasi disokong.

Merujuk kepada kenyataan tersebut, berikut adalah pecahan perancangan TM buat pelanggan mereka. Namun, perlu diingatkan bahawa naik taraf had kelajuan ini bergantung kepada infrastruktur lokasi masing-masing. Maka, berkemungkinan sesetengah tempah tidak dapat mencapai kelajuan maksima seperti yang diumumkan.

  • Kelajuan Streamyx akan dinaik taraf kepada 2 kali ganda kelajuan atau rangkaian Unifi
  • Kelajuan sedia ada 20Mbps dan kebawah akan dinaik taraf kepada kelajuan sehingga 100Mbps
  • Kelajuan sedia ada 30Mbps akan dinaik taraf kepada kelajuan sehingga 300Mbps
  • Kelajuan sedia ada 50Mbpsakan dinaik taraf kepada kelajuan sehingga sehingga 500Mbps
  • Kelajuan sedia ada 100Mbpsakan dinaik taraf kepada kelajuan sehingga sehingga 800Mbps
Baca juga  "Sleep if u can" Applikasi Alarmy untuk mereka yang susah bangun tidur

Jadi, sekiranya anda adalah pengguna Unifi atau Streamyx, anda boleh mula menyemak kelayakan anda melalui laman Unifi Turbo Upgrade hari ini.

Namun begitu melalui percubaan kami mengakses laman tersebut sebentar tadi, proses memuat laman semakan tersebut mengambil masa yang lama mungkin kerana terpaksa menerima jumlah pelayar yang ramai secara tiba-tiba. Selain itu, notis makluman dipaparkan juga bagi memaklumkan bahawa proses naik taraf tersebut hanya akan bermula pada 15 Ogos 2018.  So, keep calm guys. Masih ada masa untuk semak.

Semak: Unifi Turbo Upgrade

Terkini: Bagi pengguna yang layak menerima naik taraf akan menerima email daripada pihak TM. Manakala, laman semakan naik taraf telah dilencongkan ke laman utama Unifi.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 18
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini