•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sultan Brunei merupakan antara individu terkaya di dunia dengan kekayaan mencecah RM84 billion. Adalah tidak menjadi masalah sekiranya Sultan Brunei menghabiskan wang yang cukup besar untuk tugas khas seperti memotong rambutnya.

Bayangkan kos untuk memotong rambut mencecah RM85,000 bagi setiap sesi. Ini merupakan kos memotong rambut termahal di dunia. Siapakah stylist bertuah yang menjadi kegemaran Sultan Brunei ini?

Stylist kegemaran Sultan Brunei adalah Ken Modestou dari London. Setiap bulan ia akan diterbangkan khas sejauh 11,276 kilometer ke Brunei dengan menggunakan Singapore Airlines semata-mata untuk memotong rambut Sultan Brunei.

Bagi memastikan perjalanan Ken lancar tanpa sebarang masalah, Sultan Brunei menyediakan suite peribadi di dalam penerbangan tersebut bagi memastikan kesihatan Ken terjaga dan tidak terdedah kepada penumpang lain yang mungkin membawa pelbagai masalah kesihatan.

Ken telah berkhidmat sebagai stylist Sultan Brunei selama lebih 16 tahun. Tapi tahukah anda bahawa perkhidmatan memotong rambut yang dilakukan Ken di London sekitar RM170 setiap sesi.

Baca juga  Tips untuk memastikan bunga segar bertahan lebih lama.
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini