VENOM Muncul Dengan Trailer Terbaru Yang Lebih Mendebarkan

  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baru-baru ini kita dihidangkan dengan beberapa trailer filem yang menarik daripada DC Comics, kini tiba pula giliran Marvel dengan kerjasama Sony Pictures.

Venom, watak yang asalnya didalam Marvel Comics adalah cameo kepada Spiderman. Namun, didalam trailer versi terbaru yang lebih panjang berbanding sebelumnya ini, watak “jahat” itu dilihat mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Mengisahkan seorang journalist bernama Eddie Brock (yang dilakonkan oleh Tom Hardy) cuba mengawal diri dan kehidupannya setelah dikuasai oleh sejenis hidupan asing.

Filem Venom ini ternyata kelihatan agak dark kerana ianya berbeza daripada norma seorang superhero, menghidangkan banyak aksi-aksi yang mendebarkan disamping karakter dan grafik Venom itu sendiri yang sangat menyerlah.

Difahamkan filem Venom ini bakal menemui penonton pada 5 Oktober ini. Sebelum itu, kita layan dulu official trailer.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Baca juga  Wow! Ini Dia Final Trailer Fantastic Beasts

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini