Video ‘Amalina’ Ini Trending Di YouTube, Dan Kini Jumlah Tontonan Hampir Mencecah 1M


Berbanding zaman 80-dan dan 90-an, lagu melayu yang dinyanyikan oleh penyanyi cina atau india boleh dikatakan normal. Malah, ada diantaranya seperti penyanyi kumpulan Alleycats, David Arumugam yang kini diangkat sebagai legenda muzik yang pernah mewarna-warnikan industri muzik tanah air.

Menjadi satu fenomena baru buat masa sekarang apabila di Youtube, sebuah lagu berjudul Amalina menjadi trending. Lagu ini yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi berbangsa india bernama Shanthesh Kumar, merupakan single pertama beliau dalam bahasa Malaysia.

Sebelum ini Shanthesh sering keluar dengan video cover lagu-lagu popular yang lain, dan dalam single pertamanya ini, lagu ‘Amalina’ ciptaan Harry Khalifah menceritakan tentang percintaan antara dua orang yang mempunyai agama dan kaum yang berbeza.

Not bad Shanthesh Kumar. 🙂


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini