•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Telekom Malaysia, Maxis, TIME adalah diantara syarikat-syarikat ternama dalam membekalkan perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia. Namun kenalkan anda terhadap sebuah lagi syarikat pembekal perkhidmatan Internet yang bernama ViewQwest?

ViewQwest bukanlah merupakan sebuah syarikat yang baru bertapak di Malaysia seminggu dua ini, namun sebaliknya ia telah wujud di negara ini sejak beberapa tahun lalu. Bergerak kehadapan dalam bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi, kini ViewQwest memberanikan diri dalam menawarkan pelan Fibernet dengan tanda harga yang mampu menggugat iman pengguna.

Pelan tersebut yang difahamkan hadir dengan kelajuan muat-turun dan muat-naik symmetrical (bersimetri) sehingga 1Gbps, sekaligus menjadikan pakej internet mereka antara yang termudah dengan kelajuan yang paling tinggi setakat ini.

* kelajuan muat-turun dan muat-naik symmetrical – kelajuan yang sama.

Tambah menarik lagi apabila pelan kelajuan Fibernet 1Gbps ini hadir dengan dua pilihan yang cukup mampu-milik, dimana untuk pilihan kontrak 48 bulan pengguna hanya perlu membayar sebanyak RM148 sebulan, ataupun sekiranya pengguna ingin kontrak yang lebih singkat, pilihan kontrak 12 bulan ditawarkan dengan bayaran bulanan sebanyak RM168.

Baca juga  Pocophone F1 - Telefon Pintar Flagship Dengan Harga Dibawah RM1,300

Selain daripada kemampuan muat-turun/naik bersimetri, difahamkan juga bahawa ViewQwest turut menjanjikan kelajuan yang tidak dikawal (traffic shaping) tanpa mengira apa-apa laman web yang dilayar atau mana-mana aplikasi yang digunakan, sekaligus memberikan kebebasan kepada pengguna.

Cuma disebabkan ia masih lagi diperingkat permulaan untuk bersaing dengan pembekal perkhidmatan Internet, maka kawasan liputan ISP ViewQwest ini masih lagi tertumpu kepada kawasan kecil sahaja dimana ianya sangat terhad kepada beberapa kawasan sahaja, iaitu Setia Eco Glades, Setia Sky 88, Suasana Iskandar, Tropicana Avenue dan juga Tropicana Gardens.

Tawaran untuk mereka yang tinggal di kawasan yang dinyatakan telah dibuka dimana mereka boleh mula mendaftar untuk menjadi pelanggan ViewQwest, dan sekiranya anda sudah merupakan pengguna ViewQwest dan menggunakan perkhidmatan mereka yang lama, anda akan menerima email berkenaan dengan naik taraf pelan terbaru ini.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini