Hadiah keseluruhan berjumlah RM 60,000 untuk dimenangi di PMNC 2018
Permainan PUBG sudah menjadi satu trend di seluruh dunia sekarang. Demam PUBG juga sedang melanda anak-anak muda di Malaysia.
Setiap sesuatu ada baik buruknya. Game PUBG ini jika dilihat daripada sudut pandang positif dapat mengeratkan perhubungan antara keluarga dan rakan-rakan. Keakraban akan terjalin bilamana mereka bermain game tersebut bersama-sama dengan berkongsi objektif permainan yang sama. Dengan adanya permainan ini anak-anak lebih cenderung untuk duduk di rumah untuk menghabiskan masa bermain PUBG.
Kerjasama Vivo dan PUBG Mobile Malaysia
Vivo sentiasa mengikut trend semasa. Menyedari trend PUBG yang semakin menjadi kegilaan muda-mudi sekarang, Vivo telah mengambil inisiatif dengan berkerjasama dengan PUBG Mobile Malaysia untuk menganjurkan PMNC 2018 (Kejohanan Kebangsaan Malaysia PUBG Mobile Malaysia). Kejohanan ini bakal diadakan pada akhir tahun ini.
PMNC 2018 adalah pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di 4 bandar utama (Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur) di Malaysia. Ia menjadikan PMNC sebagai kejohanan pertama untuk mencapai 5 peringkat kelayakan sebagai komitmen untuk menyokong negara untuk menjadi hab e-Sukan di Asia.
Dengan bertemakan “Squad Up”, vivo x PMNC mempromosikan slogan “One Squad, One Goal” (satu skuad, satu tujuan) yang mengundang semua pemain untuk membentuk skuad mereka dan mencapai satu tujuan, iaitu menjadi Juara dan mewakili Malaysia.
Selepas empat hari pendaftaran dibuka, terdapat lebih daripada 150 pasukan yang telah mendaftar dengan jumlah lebih daripada 600 peserta. Pendaftaran dibuka di http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC/.
Berikut adalah butiran tentang setiap kelayakan:
Qualifier 1 | Paradigm Mall JB, Johor | 22 Dec 2018 |
Qualifier 2 | Kompleks Karamunsing, Sabah | 25 Dec 2018 |
Qualifier 3 | Emart Batu Kawa, Sarawak | 6 January 2019 |
Qualifier 4 Qualifier 5 | Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur | 12 January 2019 13 January 2019 |
Grand Final | Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur | 26 January 2019 |
Dengan penganjuran ini, Vivo berharap dapat menanamkan semangat kerja berpasukan dan sinergi bersama-sama jenama vivo untuk menggalakkanperkembangan teknologi, antarabangsa dan fesyen.
Pemenang setiap peringkat kelayakan akan bertanding di peringkat akhir untuk menjadi juara. Pertandingan akhir akan berlangsung pada 26 Januari 2019 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.
Sila rujuk jadual lokasi dan tarikh pertandingan terkini di atas.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi PUBG Mobile Malaysia National Championship 2018 and Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter and Youtube.
#vivoMalaysia #vivoMY #vivoV11 #vivoXPUBG #PUBGMalaysiaNationalChampionship