Wow.. Vivo NEX 3 bakal memasuki pasaran. Satu peranti pintar yang boleh dikatakan sangat menarik dengan penawaran skrin melengkung yang lebih menggiurkan. Menerusi video pandang pertama yang dimuat naik oleh Arun “Mrwhosetheboss” Maini, walaupun ianya belum diumumkan secara rasmi, jelas sekali ia memberi gambaran bahawa peranti Vivo NEX 3 ini bakal menawarkan paparan skin yang lebih jitu serta sambungan kepada rangkaian 5G yang lebih pantas dan mengagumkan
Hadir bersama paparan skrin dengan nisbah skrin-ke-tubuh yang melebihi 100 peratus ini (terima kasih kepada kehadiran bezel skrin atas dan bawah kecil), Vivo NEX 3 juga bakal hadir dengan butang kuasa maya – dimana pada bahagian sisi peranti ini, terdapat satu panel nipis plastik kecil yang berfungsi sebagai panel sentuhan sensitif peranti, yang membolehkan ibu jari dikesan untuk kawalan audio.
Di sepanjang bahagian atas peranti Vivo NEX 3 pula terdapat bicu fon kepala (audio jack) dan butang kuasa fizikal pendua (yang mungkin berguna dalam sesetengah situasi sekiranya ingin memadamkan peranti), serta kamera selfie pop-up. Peranti Vivo NEX 3 ini turut hadir dengan dua mikrofon secara total (satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian bawah), dan untuk pembesar suara pula ia dipasang dibahagian bawah di sebelah port USB-C.
Menarik kan?
Selain daripada maklumat yang didapati menerusi video ini, spesifikasi rasmi seperti resolusi kamera, ruang storan dan RAM untuk Vivo NEX 3 ini masih belum diketahui. Untuk itu, kita perlu bersabar sedikit masa sahaja lagi untuk menunggu hari pelancarannya dan harap-harapnya ia diperkenalkan juga dengan tag harga yang mampu milik. Barulah laku keras kan. Hehehe.
Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Vivo NEX 3, anda boleh mengikuti laman sosial rasmi mereka di laman Facebook Vivo Malaysia.