Vivo Super FlashCharge 120W adalah satu lagi inovasi mantap yang dipamerkan di MWC Shanghai 2019. Ia adalah yang pertama seumpamanya dalam industri untuk memberi pengisian kuasa ultra tinggi 120W.
Super FlashCharge 120W mempunyai teknologi pam caj baru dengan kabel data Type-C yang disesuaikan dan pengecas kembara yang mempunyai pengisian kuasa 120W ultra tinggi (20V / 6A).
Menurut data dari ujian makmal, Vivo Super FlashCharge 120W hanya mengambil masa 5 minit untuk mengecas bateri 4,000mAh dari 0 hingga 50%, dan ia boleh mengecas telefon pintar sepenuhnya dalam masa 13 minit. Kemampuan pengecasan yang sangat cepat untuk bateri sebesar 4,000mAh!
Teknologi hebat ini membolehkan pengguna dengan cepat meningkatkan bateri telefon pintar mereka dan menggunakan peranti mudah alih mereka tanpa gangguan. Tiada lagi masalah terpaksa menghadkan penggunaan telefon pintar semata-mata untuk menjimatkan bateri.
Dengan kebolehan Super FlashCharge 120W, ia dapat membantu pengguna melakukan apa sahaja dengan telefon pintar mereka daripada menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video dan juga melakukan kerja-kerja rasmi pejabat, selain daripada fungsi telefon yang biasa seperti membuat dan menjawab panggilan telefon dan sebagainya.
Video ini menceritakan segalanya. Jom tonton:
Info lanjut, sila layari Facebook Vivo Malaysia.
Vivo Store :
#120wsuperflashcharge #13minutes #fullycharged