• 24
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Akibat seringkali dikecam oleh Netizen yang gemar mencari kesalahan dirinya, Penyanyi Haqiem Rusli tidak dapat menahan dirinya daripada meluahkan rasa kecewanya di akaun Instagram miliknya.

Melalui posting di akaun Instagram (IG) miliknya, beliau bersyukur kerana masih ada sebahagian ramai orang yang menghargai bakatnya dalam bidang muzik, walaupun ada yang mengecam dirinya.

“Thank you kerana menghargai karya music. Bagi yang haters yang kecam tu, korang kecam macam mana pun mereka tetap support kami BBNU.

“Nak buat camno? HAHAHAHAHAHA OOPSSSS! Korang tak boleh buat apa-apa. Support je lah ok. Kita positive dan bersihkan hati,” tulisnya di akaun IG.

Haqiem yang selalu dikecam oleh netizen yang anti dirinya di dalam setiap tindak tanduk yang dibuatnya sebelum ini walaubagaimanapun tidak patah semangat untuk terus berkarya untuk menghasilkan muzik yang berkualiti.

Terkini, Haqiem akan berkongsi pentas bersama Suffian Suhaimi untuk muncul dalam program Bintang Minggu Ini.

Rancangan Santai terbaru itu akan dihoskan oleh pelawak dan pengacara hebat iaitu Jihan Musa.

Rancangan Bintang Minggu Ini dibawakan oleh Vivo. Ia bersiaran pada setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November lalu.

Baca juga  10 Tips / Cara Memilih Durian Yang Baik

 

Vivo kini tampil dengan telefon pinta terbarunya Vivo V11i pada harga RM 1099. Telefon ini dilengkapi dengan cip pemproses MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB.

Ia juga turut didatangkan dengan skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air. Manakala ntuk spesifikasi kamera utama peranti, Vivo V11i ini menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapixel + 5-megapixel. Gabungan ini memberikan sentuhan gambar bokeh yang menarik.

Bukan itu sahaja, kamera hadapan telefon pintar ini juga dipadankan dengan kamera 25-megapixel yang boleh membantu pengambilan swafoto yang jelas. Set Vivo V11i ini termasuk bateri berkapasiti 3315mAh. Ia diiringi dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Tidak ketinggalan, telefon pintar ini mempunyai pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang peranti.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 24
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini