WhatsApp adalah aplikasi yang paling kerap digunakan. Ia adalah satu platform untuk berhubung sesama rakan dan juga saudara-mara. Dengan kemudahan yang disediakan oleh WhatsApp, pelbagai maklumat dapat dikongsikan dengan pantas. Namun, tidak kesemuanya maklumat yang dikongsikan adalah tepat.
Sebagai contoh, fake news berkenaan politik bertebaran disana sini yang bermula daripada mesej yang disebarkan tanpa usul periksa.
Kini dengan kemaskini baru yang bakal diterima oleh pengguna, WhatsApp bakal melabelkan mesej yang disebarkan itu dengan perkataan forwarded diatas bucu maklumat tersebut. Yang mana label ini digunapakai untuk kesemua jenis kandungan termasuk teks, gambar, video dan juga rakaman audio.
Melalui kemaskini ini, pihak WhatsApp dilihat mengambil satu lagi inisiatif yang bagus dalam membantu menangani masalah berita palsu disamping penawaran hadiah wang tunai sebelum ini kepada penyelidik yang mengkaji maklumat-maklumat yang tidak tepat yang disebarkan melalui aplikasinya.
lepas ni dah senang nak track mana penyebar pertama fitnah la kan haha