WhatsApp Bakal Hadir Dengan Fungsi Menghalang Pengguna Daripada Dimasukkan Ke Dalam Group Secara Paksa


WhatsApp ialah aplikasi yang memudahkan kita untuk berhubung. Popularitinya yang begitu tinggi dan penggunaannya yang pelbagai menyebabkan bilangan pengguna meningkat dengan begitu drastik sekali sehinggakan ia menggantikan kegunaan SMS yang sebelum ini digunakan oleh semua orang yang mempunyai telefon bimbit.

Namun masa bergerak pantas tatkala teknologi berkembang seiring dengan penggunaan, penyalahgunaan aplikasi WhatsApp ini juga meningkat bilamana acap kali sebilangan pengguna dimasukkan ke dalam Group WhatsApp secara rawak tanpa kebenaran terlebih dahulu. Aktiviti ini bukan hanya melibatkan group-group kerja dipejabat (yang dianggap saluran tidak rasmi untuk dijadikan medium perhubungan, malah turut berlaku dimana pengguna dimasukkan oleh individu-individu tidak dikenali ke dalam group-group perjudian.

Menyedari masalah ini semakin berleluasa, difahamkan bahawa kini pihak pembangun WhatsApp sedang dalam proses menyediakan tetapan tambahan supaya siapa yang boleh menambah ahli ke dalam Group ditapis terlebih dahulu.

Menerusi tetapan yang boleh dilakukan didalam “Settings” kelak, pilihan yang diberikan sama ada “Everyone“, “My Contacts” bagi membenarkan orang lain untuk memasukkan anda ke dalam group, ataupun “Nobody” bagi pilihan sekiranya anda ingin menolak diri daripada dimasukkan ke dalam group.

Melalui pilihan “Nobody” ini, secara asasnya jika seseorang tidak dapat menjemput serta memasukkan anda ke dalam sesuatu group, anda akan menerima notifikasi jemputan di aplikasi WhatsApp yang akan dipadamkan selepas 72 jam sekiranya tidak diberi respon.

Rasanya ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran fungsi ini. Betul tak?


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini