Akhirnya setelah sekian lama menunggu, hari ini pihak WhatsApp secara rasminya mengeluarkan kemas kini kepada tema gelap dimana kesemua pengguna tak kira sama ada menggunakan platform Android ataupun iOS dapat menggunakannya hari ini.

Perubahan daripada tema cerah kepada tema gelap dalam aplikasi Whatsapp pada mana-mana peranti Android 10 dan iOS 13, akan berubah secara automatik mengikut tetapan telefon pintar sekiranya telefon pintar tersebut telah membuat tetapan sistem kepada tema gelap.

Namun, pada peranti Android 9 dan ke bawah pula, tema gelap ini boleh dipilih melalui tetapan – WhatsApp Settings > Chats > Theme > select ‘Dark’. Perlu diingatkan sekali lagi, untuk menerima perubahan tema ini anda perlu menggunakan aplikasi Whatsapp terbaru, iaitu versi 2.20.67 untuk Android manakala versi 2.20.30 untuk iOS.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

Baca juga  Baca Doa Ini Untuk Hilangkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu Dan Elak Kecelakaan.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini